Kembara Lebaran - 5th Syawal

Perrrhhh!! 18 degree C. Gigiiiillll!!!!
Pagi tuh, lepas solat subuh, ibu-ibu dah 'buzy' menyediakan sarapan pagi. Menu-Maggi Goreng, Nasi Goreng, Roti, Sardin, Telur Dadar dan Teh'O'.

Siap menyediakan sarapan, siapkan anak-anak pulak. Seawal 10.00 pagi, kami beredar meninggalkan villa menuju pulang ke Jubail. Tak puas lagi sebenarnya kami di Al Baha nih tapi apa nak buat, keterbatasan waktu.

Dalam perjalanan menuruni Al Baha, sempat jugak kami menyinggah di gerai menjual madu(lebah liar-hidup di kawasan bukit batu). Perjalanan diteruskan dengan beberapa siri pitstop sebelum sampai di Riyadh for final pitsop(solat & dinner).

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah dihadapi hingga sampai di depan pintu rumah jam 1.30 pagi. Letih! Lenguh! Sakit pinggang, belakang tok sah cakap lew. Mata apa lagi. 15 jam perjalanan!!

Namun puasnya terasa. Inilah kenangan kami kali pertama beraya di perantauan. Jika ada keizinan, penjelajahan sebegini pasti akan kami teruskan. Insyallah!
Bagi mereka-mereka yang tak mahu ketinggalan dlm XPDC akan datang, cepat-cepatlah mendaftar sebelum due date yea(memandai jew Editor nih).

Untuk peminat setia siri 'Kembara Raya' nih, tataplah slide terakhir dari Editor.
Hingga ketemu di lain siaran. TTFN.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 5th Syawal"

Post a Comment