Kembara Lebaran - 4th Syawal

Punya lew sejuk kat Taif nih, tido malam tak payah nak on aircond. Masing-masing nyenyak tido berselubung,baik yang kecik mahupun yang tua(ehh!!!silap Senior).
Selesai solat subuh ramai yang tarik selimut semula, seeeejuuuuk......

Suasana kat sini memang nyaman. Nampak juga lew warna-warna kehijauan di sekitar Taif nih. Tengok lew gambor sekitar apartment yang kami sewa tuh, dikelilingi oleh rimbunan pohon-pohon menghijau. Yang tak tahan tuh, kat depan pintu masuk apartment nih, owner dia siap tanam pokok cili ngan tomato. Segar-segar belaka. Eeeee....geramnya. Rasa nak cabut jew bawak balik Jubail. hehehehe!!!

Agak-agak bila matahari dah menjengah, my hubby ngan Che Din(the couplet)gi lew mencari sarapan sebelum ke next and final destination of siri pengembaraan kali ini, Al Baha. Lebih kurang jam 10.00 pg kami meninggalkan Al Hada.

Dari Al Hada ke Al Baha lebih kurang dalam 300km. Jalan ke Al Baha memang adventure, berselekoh ajew maklum lew mendaki bukit. Gerun dan gayat pun ada rasanya but not for the drivers, "macam trek F1 pulak" kata depa.




Setiba di Al Baha, bukan hotel yang kami cari tapi terus ke Raghdhan Park di puncak. Masyallah! What a magnificent view macam kat Grand Canyon lew pulak(cam pernah sampai). Suhu?? Kat sini lagi sejuk dari Taif walaupun matahari dah mencanak kat atas kepala bahangnya tak terasa. Macam kat Europe lah pulak. Hehehe...
Kat park ni ada disediakan tempat lepak(boleh buat bbq lagi!!)untuk family beristirehat. Hishh!! Memang cantik lew. Tak dapek Acik yang nak ceghito kan ehh. Nengok yo lah gambo nun di bawah!



Ehhh!!!Nak ke mano lak tuh? Ado laei ceghito ei nih, lom habih.
Selepas menikmati pemandangan yang memang takkan puas tuh, kami semua mencari 'mata'am' untuk mengisi perut yang dah banyak masuk angin bukit nih. Bila dah kenyang baru lew cari lubuk untuk melingkau. Wakakakakaka!!!!!

Rumah rehat yang kami sewa nih ala-ala villa. Ada 3 bilik tido, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Bila dah ada dapur yang complete ngan periuk-belanga dan pinggan-mangkuk, hah! apalagi....masak lew. Dah bosan asyik makan khabsa ajew. Jadi malam tuh kami masak sardin,kacang buncis goreng and telur dadar. Berselera...wa cakap lu.

Dah kenyang, bebudak nih merengek-rengek nak gi taman permainan yang sepelaung jaraknya dari villa kami. Jadi kena lew bapak-bapaknya melayan coz ibu-ibu nak mengemas pinggan mangkuk. Ada tuh yang siap mendobi baju lagi(ada washing machine lew).

Macam biasa sebelum tido, Che Din akan bukak kedai teh nya (Che Din lagiiii....).
Esok perjalanan pulang menanti.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 4th Syawal"

Post a Comment