RIYADH ADVENTURE

Travel again? Where to 'D'?
Riyadh.
When?
This weekend.
How long?
5 days.

Yahoo!!! Kita nak gi Riyadh! Best ke? Ada apa kat sana tuh?
Jom kita pi jengah!!

Pada asalnya takde lah rancangan nak gi Riyadh dalam waktu terdekat ni. Paham-paham ajelah baru balik dr Umrah, lelahnya tak habis lagi tapi husband Editor ada training kat Riyadh(Sabic HQ), jadi 2 in 1 lah gamaknya.

Perjalanan tak lah sejauh mana, about 3 to 4 hrs jer(depends on the driver. Kalu F1 driver could be faster). Tempat yg pertama dituju, of course Hotel. Madareem Crown Hotel(formerly known as Al Fahd Crown Hotel. Pasal apa tukar nama? Acik lupalah pulak nak tanya sejarahnya). For all Sabic's staff, hotel ni bagi diskaun 50% on room rate(gi lah cuti2 di Riyadh lagipun hotel ni taraf 5stars).

First thing first. Lepas check in, gedebak-gedebuk, itu ini, its makan time, lunch time maa. Perut dah lama nunggu untuk diisi. After lunch, kami ronda-ronda makan angin. Banyaknye shopping complex and malls. Shopping paradise! Boleh kata every inch of the road ada mall & shopping complex. Sale sana sini,kelabu mata dibuatnya(cuma wangku saje yg tak sale.kalu tidak mau sume aku sapu).
Sebenarnya kami ronda-ronda nak cari landmark Riyadh. The 2 towers yg menjadi kemegahan di KSA ni, The Kingdom Tower with its skybrige(tiru Petronas Twin Tower lah tuh!) and the luxurious Faisaliyah Tower with its glass sphere(ada restoran kat dlm bola kaca tuh!!). Kami gi pulak ke Seefa Seafood Restoran for our dinner(to geng2 umrah,u sure know this place.Alah!! Restoran tuuu...). the food was great. Its really stimulating our appetite.

Keesokannya, bermulalah the adventure part. We went to Al Masmak Fort, the fort that witnessed the dawn of modern Saudi Arabia. Malangnya, hari Jumaat tutuplah pulak. Jadi amik gambor kat luar ajelah dan kawasan persekirannya. Lepas to kami melanjutkan perjalanan kami ke King Fahd International Stadium(tak leh masuk gak).
Memandangkan banyak yang tutup pada hari Jumaat, we decided to go to Kingdom Tower.




Hah!! Kali nie kami nak naik ke skybridgenya(tak ingat pulak kat tingkat berapa)Yang tak syoknye, dah lah kena bayar nak naik ke skybridge, tak boleh amik gambor lah pulak!! Ehm! Ehm! Ehm! Bagus lagi Pertonas Twin Tower free dan boleh sokmo. Tapi kami brutal jer amik jugak gambor bila guard tak nampak. Dah puas tengok Riyadh City Center from the top its time to cuci mata nengok benda lain pulak kat bawah(shopping ler...). Wow! Penuhnya lah umat, macam nak buat umrah(he!he!he!). To the shopping maniac, this is your paradise! Siap ada floor untuk ladies shoppers lagi! Tukang jual, tukang cuci tah apa-apa tukang lagi sumenye pompuan. Selesai aktiviti yang tak menyihatkan dompet Cik Abang, kami pun pulang ke hotel. On the way back, sempat jugak singgah ke Sabic Building. Nak cari pintu masuk supaya besok, taklah cik abang ni gagau satu Riyadh.

Hari Sabtu. No activity. Kursus sudah bermula. Jadi activiti hanya di hotel sajelah!

Sunday, we made a come back to Al Masmak Fort. This time, we went inside the castle. We went to visit the King Abdul Aziz Castle(yg dah jadi masjid),just nearby. Went to Al Zel Market, an acient market where can find ancient Arabian coffee pots, ancient Arabian sword, carpets, ancient Arabian Kopitiam etc.etc.etc.




Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat yg menarik untuk dilawati kat Riyadh ni, cuma Editor tak berkesempatan nak pergi kesemuanya. Tapi takpe, there always be a next time kan 'D'? We will come back later Riyadh, to explore more of your secrets and beauty!!!
Till the next time. Adios!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE VI (Return to Jubail)

FINALE
JUMAAT, 17 Julai 2009

Hari ni merupakan hari keberangkatan meninggalkan Tanah Haram buat kami. Sayu pulak rasanye nak meninggalkan Tanah Suci Mekah ni. Tapi apa nak buat, ada kewajiban lain yg dituntut(kerje ler besok....). Editor bersama keluarga Fid, Gie, Dira, Lina dan Nor akan berangkat pulang ke Jubail. Keluarga C'kin, Norma, Tina dan As akan berlepas menuju ke Madinah Al Munawarah.

Bertolak pulang seawal jam 7.30 pg. Mengikut rancangan kami berenam berkonvoi bersama-sama tp ada ajew halangannya. Maka terpaksa kami bertiga(Editor, Dira & Lina) bergerak dulu dan menunggu yg lainnya di persimpangan ke Taif. Tunggu punya tunggu, depa sume tak muncui-muncui. Mana taknya dah sesat! Mereka berpusing-pusing di Mina. Jadi kami plan nak jumpa di Taif ajelah.(tak jumpa pun pasal lain2 haluan)
Sedang Fiq, Gie dan Nor dapat laluan pintas Taif, kami pulak yang sesat di bandar Taif. Ok lah tu satu sesat di Mekah satu lagi sesat di Taif (fare and square). Namun nak dijodohkan, akhirnya kami bertemu semula di perhentian stesen minyak di h/way menuju ke Riyadh. Berehat dalam 1/2 jam, buang apa yg perlu dibuang dan isi apa yg patut, kereta-kereta ini meluncur dgn 140km/hr menuju ke Riyadh.

Tak sampai 1/2 jam perjalanan, tetiba tayar kereta cute Editor berbunyi kuat. Halamak!! Apa ke halnyer lah pulak? Gubra sekejap. Isyarat "pull off" pun diberi kepada Ketua Clan(siapa lg kalau bukan Cik Din-Sequoia). Berhenti, check - cuma sisa tayar pecah jer yg melekat kat tayar nuh. Piuhh! Nasiiib baik.

Perjalanan diteruskan. Misi nak sampai rumah sebelum tengah malam coz besok semua pilot ni kena report duty. Tengah ghalid memandu, baru perasan yg Tahoe(kereta si Muslisham - taho takpe!) tak ada. Dah hilang dari line! Mana pulak pergi Si Tahoe ni? Siasat punya siasat, member berhenti tido daa. Lama jugak tuu. Lepas tu macam Pelumba F1 lah dia bawak kereta(next season jgn lupa sign contract dgn "Gie Force To Drive" team tau)nak saing semula dgn kami.

On the way balik nie, tak ada sand storm sangat. Kalu ada pun yg kecik-kecik aje. Tak mengganggu pemanduan. Berhenti solat dan mengisi tangki sudah semestinya. Sampai di Riyadh, perut sume sudah berkeroncong. Ehh! Ehh! Ehh! Salah lagu rocklah. Lapar dah tahap gaban(pinjam word Ummidin. Jgn mara haa..). Mana taknya dah kul 5 ptg. Sedari tadi asyik mencekik air sejuk jer(he..he..he..ni pinjam dialog Sudin "Bujang Lapok").

Nak makan pun ada dugaannya jugak. Mula-mula masuk ke Restoran Turkistani, tak ada family section. Tak apa. Kami pun masuk Restoran Thailand & Filipino Food. Menunya menarik, kecur air liur dibuatnya. Ada diantara kami siap order macam-macam dah tapi entah macamana Si Sham pegi selidik, restoran ni cuma ada 1 waiter, 1 cashier(tak ape lagi dan yg paling tak sanggup, dia cuma ada...)1 cook sahaja. Laaa...berapa lama nak nunggu dia masakkan utk 6 family yg tgh kebulur nih? Tak boleh jadi nih! Si Sham gi selidik sebab dia punye lapar dah lebih dari tahap Gaban, Ottoman Nina (word Qaweem) atau Power Rangers dah kot! Kami pun berjalan ke depan lagi dan jumpalah Restoran Paskitani. Hah! Disni sume ada(family section,waiter, tukang buat air, tukang masak, tukang cuci, tukang bungkus etc..) dan cepat. Menu kami petang tu, tak lain tak bukan 'Khabsa Ayam','Dalca' dan 'Kari Daging'. Minuman..Air Sejuk..lagiii...

Eerrrkkk!!! Alhamdulillah

Selesai makan chief (si Din-Fiq) cakap nak senlili-senlili pun boleh, dah tak susah nak balik Jubail. Jadi dia pun gerak dulu. Tup!tup! Dira, Nor dan Lina berdesup mengejar si Fid. Husband Editor pun gerak gak lah dalam kepala dia senlili-senlili maa... Mula-mula dia potong Dira, pas tu si Nor, pas tu si Lina, pas tu si Fid....aik! convoy lagi ker!! Last-last convoy balik. Bila si Gie memotong kebetulan lak si Fid nak berenti. So, Gie lah yg lead the pack lak. Dlm pada tuh dapat tahu lak Sequoia tersangkut kat pasir (nasib baik ada pak Arab tlg).

Lepas solat Maghrib dan Isyak, si Gie punye pilot nak tido lah plak (tido lagi). Jadi husband Editor lah lead the pack. Alhamdulillah jam 10:30 malam kami semua selamat sampai kerumah. Masa ni si Lina lak tertinggal, nasib baik dia ada GPS alhamdulillah tak lama lepas tuh dia pun sampai gak kerumah.

Thanks to all, kalau ada salah dan silap semasa perjalanan kita Editor minta maaf yelah mana tau tersalah kata, tertinggal kereta, etc.........

Till the next journey....
(N3 kali ni ala-ala Star Wars pasal Editor fan gila kat sequel nya)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE V (Ziarah Mecca)

KHAMIS, 16 Julai 2009

Hari ni, pihak hotel telah mengaturkan rancangan ziarah sekitar Mekah buat kami. Selepas bersarapan, kami kehendaki berkumpul di lobby untuk menaiki bas(syoknyer lah hai. Barulah terasa jd mcm tourist. Ye dak?).

Jam 8.00 pg dgn diketuai oleh Ustaz Latif sbg Tourist Guidenya, kami semua berlepas ke destinasi pertama - Jabal Tsur. Di puncak Jabal Tsur terdapat sebuah gua dan di gua inilah Nabi Muhammad SAW bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi apabila baginda dikejar dan diancam bunuh oleh org kafir Quraisy. Editor tak sempatlah nak naik ke puncak tu sbb bas cuma berhenti 15 min jer. Nak panjat bukit tu makan masa 1 jam gak. Takpe lain kali bila dtg lagi, Editor akan pastikan yg Editor akan panjat hingga ke puncak. Insyaallah. Jadi kami bergambar ajelah di kaki bukit ni.

Dari Jabal Tsur kami menuju ke Padang Arafah. Hah! kat sini meriah. Bukanlah kat tengah-tengah Padang Arafah(kat tgh2 pdg tu tak ada apa. Pdg pasir ajew)tp di kaki Jabal Rahmah. Belum turun dari bas lagi, anak-anak sudah menjerit-jerit "Nak naik jamal! Nak naik jamal!(bkn Jamal Abdillah tau. Jamal tu unta). Mana taknya unta kat sini lain sikit. Dah berhias cantik. Sekali pandang macam beca berhias kat Bandahilir Melaka(kampung den tuu).

Dah! Menggaru kepala husband Editor. Editor pun tumpang sekaki gak, nak merasa naik unta. Bukan apa cuma nak tau macamana rasanya org-org zaman dulu(esp time Nabi kitalah)naik unta, mak oiii aiii...kematu punggung. Ingatkan dah habis naik unta dah ler. Tak ada lagi, nak naik buggy lah pulak.
Kata anak-anak " Yg tadi tu kenderaan pdg pasir org dulu. Yg ini plak kenderaan pdg pasir zaman moden."
Kena lagi ayah. Botaklah kepala ayah!(dah botak pun.dah bertahalul)
Selesai sessi menaiki kenderaan yg bermacam-macam tu, Editor sekeluarga tidak melepaskan peluang mendaki Jabal Rahmah(buleh ler panjat pasai tak tinggi manapun). Dari puncak Jabal Rahmah dapatlah Editor melemparkan pandangan ke Padang Arafah yg melaut luasnya. Di sinilah tempat jemaah haji berwukuf("D", bila pulak kita nak gi Haji yek?).

Dari Arafah, kami cuma menyusur ke Muzdalifah dan kemudian ke Mina(terasa mcm buat hajj lah pulak). Kami cuma melihat dr dlm bas ajew sbb tempat2 ni tidak dibuka pada bukan musim haji. Lagipun tengah under construction di beberapa tempat mcm tempat melontar jamrah, tengah buat tempat melontar 3 tingkat.

Tempat terakhir yg dituju, Jabal Nur(ini pun tak sempat panjat. Nak naik 1 jam. Lain kali yek!). Kami cuma memerhatikan puncak Jabal Nur dari dlm bas ajew. Disinilah buat pertama kalinya Nabi Muhammad SAW diajarkan membaca(Iqra') oleh Malaikat Jibrail. Di Gua Hira' inilah tempatnya baginda menerima wahyunya dan diangkat menjadi Rasul.

Setelah hampir 2jam setengah berziarah, bas yang dinaiki memacu ke hotel kediaman kami. On the way back, ditunjukkan juga makam Siti Khadijah dan Masjid Jin kepada kami. Itu aktiviti sebelah pagi. Sebelah petang dan malam, aktiviti bebas. Apalagi!! Aktiviti mencuci mata dan dompet di bazaar-bazaar yg ala-ala Pasar Payang Kuala Terengganu ler!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE IV ( The Momentous)

RABU, 15 Julai 2009

Memasukki sempadan Tanah Haram, kami ditemani oleh seorang rakan,Azman(rasanya lah. Kawan si-Roy kut)dari hotel kami menginap untuk menunjuk arah ke Hotel Muhajirin.

"So close yet so far", itulah yg terluah dr Editor. Terpisah lagi!!! Kali ni, ketika hendak melepasi terowong menuju ke Masjidil Haram. Hanya kereta Roy & Taufiq shj yg berjaya mengekori Tourist Guide 'Azman'. Manakala kami berempat diarahkan oleh polis utk memangkirkan kenderaan di tempat yg disediakan dan menaiki bas utk ke Masjidil Haram.
Mujurlah Tourist Guide tu dtg semula dan membawa kami ke hotel mengikut jalan alternatif.

Setibanya kami di depan hotel, parking pulak tidak disediakan. Kenalah pilot-pilot ni manoeuvering the car. Melangkah kaki ke lobby hotel, bermulalah adegan jejak kasih(dah jumpa semua kesepuluh family yg terpisah).

Selepas makan malam, lebih kurang jam 9.30 mlm, kami pun berjalan kaki(dekat jer)ke arah Masjidil Haram. Hanya Fid's family & Tina's family yg tak ada(depa dah jalan dulu. Tak sabar gamaknya nunggu kami yg lembab nie..). Perjalanan kami diketuai oleh Ustaz Latif(disediakan oleh pihak hotel).

Ucapan talbiah mengiringi kami sepanjang perjalanan. Suara adik(Amy)paling lantang mengucapkannya walaupun masih tdk mengerti apa-apa. Editor hanya tersenyum keharuan melihat keletah comel anak manja Wenk ni.

Kaki semakin hampir ke Masjidil Haram. Di ambang gerbangnya, kaki tangan Editor menjadi sejuk. Darah gemuruh menyelubungi tubuh(maklum sajelah 'first time').
Degupan jantung seolah terhenti, perasaan terharu, kaki terpaku, lidah terkelu, mata terpegun, diri tertegun melihat Kaabah berdiri utuh di situ.
Ya Allah!! Ajaib sungguh perasaanku bila berdiri menghadap rumahMu. Tidak tergambar perasaanku, tidak tercerita mulutku hanya bisikan mata menusuk ke jiwa diiringi linangan airmata gembira kesyukuran.Alhamdulillah!

Menuruni anak tangga Masjidil Haram menghampiri Baitullah, terasa kerdil sungguh diri ini. Bersama lautan manusia, Editor dan yg lainnya berjalan mengelilingi Kaabah. Langsai 7 pusingan kami bertawaf, bersolat sunat di Makam Ibrahim kami tunaikan. Singgah sebentar menikmati air zam-zam sebelum Saei kami mulakan.Cukup 7 ulangan antara Bukit Safa dan Marwah, usai sudahlah ibadah umrah. Hanya menunggu untuk bertahalul.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan tenang dan sempurna. Malah anak-anak sedikitpun tidak menampakkan keletihan. Bahkan ketika bersaei, adik turut berlari-lari anak apabila melihat ayah dan abangnya berlaku sedemikian.

Harapan yg ada moga Allah menerima ibadah kami. Amin...
Jam 1.30 pg kami sampai semula di hotel untuk merehatkan diri yang lelah. Esok akan bermula satu lagi episod yg bakal menjadi kenangan bg kami semua semasa di Mekah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE III ( Di Miqat Wadi Mehram)

RABU, 15 Julai 2009

Kami tetap meneruskan perjalanan menuju ke Miqat walaupun dah terpisah dgn kumpulan yg lain. Di Taif ni, byk Miqatnya untuk kita berihram. Editor dan 5 family yg lain menuju ke Miqat Wadi Mehram (tempat Miqat baru). Tempatnya cantik, di puncak bukit.

Sebaik tiba di Miqat, kami pun bersolat. Selesai solat, nak makan tapi tak nak yg heavy(lagipun kat sini tak ada yg heavy). Al maklumlah perut pun meragam. Takut pulak nanti dia buat hal masa nak buat ibadah umrah.

Jadi, kami pun cuma makan sandwich telur jer (dah itu jer yg dijual). Selesai sessi mengalas perut dan meluruskan tulang belulang, kami bersiap-siap pulak untuk berihram.

Walaupun tempat ni baru siap tapi pengguna yg singgah disini susah nak cakaplah. Sivic minded diorang tak sampai ke tahap org yg civilised(sorry! They still don't know how to used the toilet correctly even in the place such a beautiful like this). Bilalah mereka-mereka ini nak belajar tentang keperluan & kepentingan kebersihan & kesihatan? Wallahualam.Sungguh mengecewakan. Tapi tidak pulak di bahagian lelaki. My husband said,"It's clean and clear."

Bila sume org dah ready berihram dan berniat, perjalanan kami diteruskan menuju ke Tanah Haram. Sepanjang perjalanan menuruni bukit Taif ni, mulut kami sekeluarga tak henti-henti mengucap talbiah. Lebih mengharukan apabila melihat anak perempuan Editor, Aminah bersungguh-sungguh mengucapkannya....
"Labaikallahhumma labaik. Labaikala syarika laka labaik. Innal hamda wal nikmata laka walmulk. Laasyarikalah.."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE II ( Menuju Taif)

RABU, 15 Julai 2009

Seawal 6.30 pg kami semua bersarapan di bilik Fid & Gie (sbb bilik diorang berdepan & besar). Sarapan apa? Menunya sama ajer mcm mlm sebelumnya. Tak baik membazir! Cuma ditambah sandwich telur.

Selesai breakfast, checkout dan bermulalah perjalanan menuju ke Taif. Kali ni semuanya ada(tak ada 2nd group). Menuju ke Taif mengambil masa lebih kurang 6 jam jugak. Sepanjang perjalanan kami diuji merempuh ribut pasir. Walaupun taklah besar sgt tapi terhuyung-hayanglah jugak Seqouia Si Fid. Bayangkanlah kereta Editor yang cute mute ni bila mengharung ribut pasir, berdansa habis.

Perjalanan ke Taif ni, memang byk menguji kesabaran kami semua. Dalam mengharung ribut pasir, ada jugak kenkawan kita yg dpt yellow slip(surat saman speeding ler..) dr Pak Polisi. Di sini jugalah kami mula terpisah. Ada yg diserang sakit perut memulas-mulas dan memaksa berhenti berkali-kali menyebabkan ada yg tertinggal di belakang sekali. Editor sendiri tepisah terus dari kumpulan yg lain. Apalagi cuak & gubra ler. Namun dgn tenang & sabar, husband Editor meneruskan perjalanan dgn harapan dpt bertemu semula group yg terpisah. Akhirnya ketemu jua, Alhamdulillah. Tapi cuma kami 6 kereta sahaja. Fid, Gie dan Nor dlm kumpulan yg lain. Tina? Sdn bhd.

Perjalanan diteruskan menuju ke Miqat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOURNEY TO MECCA - EPISODE I (Menuju Quwaiyiyah)

SELASA, 14 Julai 2009

Akhirnya tarikh yg dinanti tiba jua. Bermulalah perjalanan menuju ke Mekah Al Mukarramah.

Jam 2.30 ptg, kumpulan pertama iaitu 8 dr 10 keluarga (Fid's family, Tina's family, C'kin's family, Norma's family, Gie's family, Dira's family, Lina's Aris family & Nor Abi's family) telah berkumpul di perkarangan Apartment Watertank.

Hanya Editor's family & As's family ajer yg bertolak lewat (jam 5.30 ptg) coz masing-masing tak boleh amik 1/2 day off. Apa nak buat.

Pit stop pertama kami adalah di Quwaiyiyah, lebih kurang 6 jam perjalanan dr Jubail.
Tak banyak yg nak diceritakan sepanjang perjalanan. Pemandangan semuanya hampir sama - padang pasir. Cuma di Riyadh yg berbeza sedikit. Malam tu Riyadh "jam", byk kereta & "happenning" mcm KL . Tapi bila dah susur keluar menuju ke Mekah, jalan mulai lengang.

Kami cuma "take a break KIT KAT" di Goodah. Kemudian perjalanan disambung semula menuju ke Quwaiyiyah. Jam 11.30 mlm kami tiba di pit stop pertama. Setiba di sana, kumpulan pertama rombongan sedang sibuk menyediakan mkn mlm yg kami bawa dr Jubail.
Selepas selesai "dinner" apalagi tidurlah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Berakhir Sudah Kempen Jom Makan-Makan

Bersua Kembali.

"Kempen Jom Makan-Makan" telah berlangsung selama satu minggu di Water Tank Area bermula dari hari Khamis(2 Julai)di rumah Adleez hinggalah ke 9 Julai di rumah Gie Muslisham sebagai penutup.

Sebelum majlis penutup Kempen Makan-Makan di rumah Gie, satu Pesta BBQ tertutup telah diadakan di 'Taufiqwish Grill & Steakhouse'. Pesta ni hanya untuk warga Saad bin Muaz St. sahaja. Walaupun tertutup tetap happenning.

Malam Penutup Kempen Makan-Makan di rumah Gie pun tak kurang meriahnya. Malam tu kami dijamu dgn Nasi Arab, Roti Jala & Dalca, Gulai Nenas Ikan Masin, Spegetti Bolognise, Salad, pelbagai kek dan pastry. Sumenya sedap-sedap belaka.

Kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi menjayakan Kempen Jom Makan-Makan, pihak penganjur (sapa pulak yg jd penganjur)dengan berbesar hati mengucapkan tahniah & terima kasih daun keladi. Jika ada rezeki kita buat makan-makan lagi. (Alamak! N3 Editor kali macam Berita Terkini lah pulak) Layannnnn.....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kenduri Keropok

Salam & Hai!

Kalau tengok tajuk N3 kali nie..mesti pelik. Apa pulak kenduri keropok ni yek? Sebenarnya semalam bertempat di rumah Editor ada xtvt membuat keropok lekor. Al maklumlahkan dah lama tak dapat merasa kepok lekor. Jd utk menghilangkan rasa kerinduan kami sume pd kepok lekor, kami pun sepakatlah nak membuatnya. Inilah padahnya kalau duduk merempat kat negara org yang tak sama menunya dgn negara sendiri. Sumenya tak ada...sumenya kena buat sendiri..

Asal-asalnya memang ini untuk program ibu-ibu di Water Tank (biasalah geng2 water tank)tapi lepas tu melarat-larat pulak sampai jd kenduri. Dari nak buat keropok aje dah melarat ke Nasi Ayam Purpleheart, Popia Goreng Water Tank dan macam-macamlah. Penuh satu rumah dgn family2 mrk yg terlibat(sbb tu kalu tengok gambar husband2 sume pakai uniform kerje. Dah balik aje terus singgah nak ambik wife & anak2 lalu termakanlah sekali).

Yang jadi havoc lagi, adalah orang tuu perasan lah pulak. Dia ingat kami sume ni nak celebrate birthday dia. Kih!Kih!Kih! (Jgn Mare Cek Din yek. Gurau aje. Kalu dah rezeki apa salahnya. Tu lah org tua2 dah bilang, tuah ayam nampak di kaki,tuah org tak siapa tahu).

Seronoknyer...tak boleh nak ckp. Bukan kaum ibu saje yg enjoy, anak2 pun 2x ganda enjoy. Inilah xtvt diorang masa cuti sekolah ni. Sambil ikut ibu2 sambil jumpa kawan-kawan. Takdelah rasa boring sangat.

Layan ajerlah gambar2 yg sempat kamera man Editor amik!!
(kali ni Editor ada Director Slide baru)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Xtra Curriculum


nie pakai stand

gigil, pasal takut tak jadi

Chocolate Lemon Cheesecake

Aik! Mana lagi pau aku nie?

Setiap hari Isnin, Editor & The Gangs ada aktiviti kokurikulum - cuci-mencuci (ala-ala majlis perbandaran). Lepas ni bolehlah ditubuhkan Majlis Perbandaran Water Tank dan ahli majlis tertingginya dah tentulah kitaorang. Aktiviti ni dah berlangsung selama sebulan.

Yang xtra kurikulumnya - aktiviti membuat Cheese Cake (baked & non-baked cheese cake)dan membuat Char Siu Bao(pau cina tp dah convert jd melayu). Ini semua gara-gara Pn Tina yg nak sambut birthday husband tercinta hari ni dan Pn Fid utk birthday hubbynya esok. Hah! amik ko 2 cheese cake yg berbeza sekaligus.

Selesai menunjukkan cara-cara membuat cake, Editor pun memulakan projek membuat Char Siu Bao/kuih pau. Saje je suka-suka. Boleh jugak memeriahkan siang hari kami yg berdebu nie. Yang penting, takdelah kitorang asyik nak buat taik mata jer (membutalah tuh..) dan dan dan yg paling paling penting sekali sume org (jiran2 ler) kenyang!!

Sayangnya Editor tak sempat nak amik gambar-gambar semasa aktiviti ni sume berlangsung. Ini aje yang sempat. Jgn mare ha...(kalu nasib ada baik lawatlah Blog Ummidin. Itupun kalu dia dah buat posting)

Akhir sekali buat En. Sufian & En. Din "HAPPY BIRTYDAY" dr Editor dan keluarga. 'Semoga dilimpahkan rahmat berlipat ganda. Amin....'
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Meeting Ke Mekah



Insyaallah, jika ada keizinan dariNya Editor sekeluarga bersama 7 keluarga yang lain akan berangkat menunaikan ibadah Umrah pada 15 Julai 2009 nanti. Untuk itu, kami ahli rombangan telah dipanggil meeting di rumah Taufiqwish.

Meeting ni merangkumi segala persiapan yg perlu dibuat sebelum keberangkatan. Tentative nya disediakan oleh Cikgu Norma (nengok ajelah dlm blog Purpleheart). Kalu di pejabat, meeting dulu baru makan tapi kami terbalik makan dulu baru meeting. Bila perut dah kenyang baru buleh meeting tanpa gangguan.

Kalau disebelah paginya Editor dijamu dgn Nasi Kerabu Tina's Cafe, di meeting nie pulak Mee Rebus Pak Rahim (sehingga menjilat mangkuk). Menu dari tuan rumah.

Terasa sudah "excitement"nya untuk menuju ke Baitullah. LambaianMu kian menghampiriku. Nantikanlah akan kedatangan kami! Insyaallah. Segalanya di atas keizinan dan kehendakMu jua. Amin...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Tina's Cafe



Pagi Khamis lalu yg berdebu, seawal 8.30 pg Editor sekeluarga dijemput bersarapan di Tina's Cafe (jiran sebelah rumah ajew). Ramai jugak yg dijemput sempena pembukaan Tina's Cafe ni (acah aje tp kalu betul pun apa salahnya).

Menu utama di Tina's Cafe pagi tu Nasi Kerabu. Sedap tau!! Complete dengan serunding kelapanya,serunding ikan,solok lada dan of course penyedap utamanya budu. Biasalah, bila ada menu utama mesti ada menu iringannya yg dibawa oleh para tetamu. Ada Nasi Lemak Rendang Ayam Shafir, Cucur Bilis C'kin, NJ Fruit Salad(bukan MJ-Michael Jackson)etc. Tak ingat daa...

Kepada tuan punya Tina's Cafe, Sufian & Tina, terima kasih kerana sudi menjemput Editor & family. Kalu ada menu baru lagi bulehlah jemput Editor untuk cuba try test!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

VSLs dan makan-makan





Hari ni Editor dan beberapa lagi VSL (very special ladies)dr WTG(water tank 'gengs') dijemput hadir ke jamuan makan. Kali ini hostnya Leeza/HerShe. Emm...syoknye lah hai! Al maklumlah dah dekat 3 minggu Editor dan VSLs yg lain tak ada 'function' makan-makan ni. Kalau dulu boleh kata every week ada xtvt makan-makan. Tapi bila anak-anak dah cuti sekolah, xtvt ni dikurangkan. Baguslah jugak. Sbb bila cuti sekolah, group VSLs ni tak dpt nak gi aerobic (leceh nak bawak ketapi pjg-pjg). Tak dpt nak buat xtvt membuangkan lemak-lemak di badan jadi kenalah kurangkan xtvt makan-makan.

Berbalik pada cerita jamuan di rumah Leeza, menunya special sekali dan bermacam-macam dan...dan...dan...dan...SEEEDAAAAP!sekali. Antaranya Nasi Dagang (specialty org pantai timur), Bihun Siam (bila masa dia gi nuntut kat Siam pun Editor tak tahu), Lasagna In The House (nama ni Editor jer yg gatal nak bagi),minuman (tok sah citer ler. Macam-macam color dan rasa).

Ada menu sampingan lagi yg dibawa oleh VSLs untuk memeriahkan dan memenuhkan meja tuan rumah(nak memenuhkan perut pun ye jugak). Bingka Jagung dr Cik C'kin, Mango Puding dr Cik Tina, Pancake with syrup(apa namanye yek? Dah lupalah pulak. Inilah masalah Editor bila dah mkn yg sdp-sdp. Yg sebenornyer dah tua, pelupalah.)Dira dgn Cara Berlauknya, As dgn Kuih Bakar, Gie dgn The Red Jelly nya, lagi apa yek? Hah! Apa? Tak dengor! Ohh.. Editor bawak apa? Editor cuma bawak 'Fries' jer untuk anak-anak yang ikut sekali dgn ibu-ibunya.

Seronok sekali dapat jumpa 'gengs' dan borak-borak,gosip-gosip,gelak-gelak etc.
Kepada tuan rumah, terima kasih daun lagi..Eerrrk! Alhamdulillah.(siap buleh 'tapau' lg).(Sorry, n3 kali ni byk gambar yg dah kena 'edit'. Ehem..paham-paham aje ler dah namanya Editor)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments