Iftar di Malaysian Kitchen

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, Malaysian Kitchen ada menyediakan buffet berbuka puasa. Apalagi, adalah kawan Editor yang sorang nih mengesyorkan agar kami berbuka puasa beramai-ramai di situ. Emmmm....menarik jugak idea tuh!

Jadinya, setelah difikir-fikir, dibincang-bincang kami pun beramai-ramai memenuhkan MK semalam. Dari suasana yang sepi bertukar menjadi riuh-rendah, gegak-gempita dibuat dek suara anak-anak kami di MK. Seronok mereka dapat berbuka puasa beramai-ramai sekali-sekala(ibu-ibu pun seronok jugak. Tak gitu ayah-ayahnya???)

Untuk juadah berbuka semalam, MK menyajikan kami dengan bubur lambuk, mee goreng, kuey teow goreng, kuih-muih yg pelbagai, roti jala, bubur kacang hijau, ayam goreng, daging goreng, ikan masak lemak cili padi, sayur campur, sup tulang, kerabu mangga, teh tarik, air bandung, koktail tembikai dan macam-macam lagi yg Editor tak ingat(sbbnye byk sgt...). Sedap-sedap belaka dan memenuhi citarasa.

Layan ajew lew gelagat-gelagat kami sepanjang di MK...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Iftar di Malaysian Kitchen"

Post a Comment