Kembara Lebaran - 27th Ramadhan

Salam semua,

Hari nie dah 27 Ramadhan, maknanya tinggal 3 hari jer lagi menjelang Syawal. Dalam kesibukan anak rantau pulang ke kampung halaman(jelessss nyer...), Editor sekeluarga serta 9 keluarga yang lain mengambil kesempatan untuk berhari raya di Madinah dan Mekah. Pada awalnya hanya Editor & family jew yang merancang hendak beraya di Madinah & Mekah tapi tak sangka pulak ramai yang mengikut. Bagus jugak, tak de lah terasa sangat beraya di tempat asing.

Pada pagi 17 September, seawal jam 5 pagi, 7 dari 9 keluarga(family Editar, Jo Dira sefamily,Lina Aris sefamily, Shidah Shahril sefamily, Bada Md Shah sefamily, Dila Masri sefamily & Nor Azri sefamily) berangkat menuju ke destinasi pertama yang memakan masa hampir 13 jam iaitu Madinah Al Munawarah. Biasalah 'taiko'nya my hubby,yang lain-lain tuh jadi pengikut jew. Cuma Umiddin sefamily & Jahan Ibrahim sefamily berangkat 4 jam lewat dari kami.

Setiap perjalanan mestilah ada pitstopnya. Maklumlah bukannya naik kapal terbang. Walaupun dibulan puasa, kereta-kereta nih mintak diisi jugak perutnya. Kalau tak, tak sampai lew gamaknyer. Tak mencabar sesuatu journey tuh kalau tak ada masalah. Nak dijadikan kisah cemas, ada antara ahli konvoi nih, keretanya tak leh berhenti. Asal berhenti jer 'temperature' kereta pun naik. Jadi bila geng-geng konvoi yang lain isi tangki, dia tak isi. Apa lagi bila melepasi bandar Qassim, kawan kita ni dah 'gubra' sebab minyak kereta dah bawah par, sepanjang perjalanan selepas Qassim tuh pulak tak ada petrol stesen sampailah lagi 150 KM ke Madinah baru jumpa petrol stesen. Mujurlah kereta kawan nih sempat sampai di petrol stesen nih. Alhamdulillah! Kalu tak alamatnya tersadai lew kat tepi jalan. Kena tunggu rescue team dari geng konvoi yang 2 lagi tuh(Che Din Kayan & Berahim Jahan)sampai.

Itu cerita sebelum memasukki bandar Madinah. Dah masuk bandar Madinah pun ada jugak situasi 'tempestuos'nye. Kami terpisah-pisah di celah-celah kesibukkan kereta-kereta ketika waktu berbuka puasa hampir tiba, ada yang ke kanan, ada yang ke kiri, ada yang naik 'fly over', ada yang lalu kot bawah, ishh...macam-macam lew. Tapi pasal 'driver' Editor ni 'terror'(kena puji ckit,kalu tak lain kali tak berjalan lew Editor), sampai jugak lew kami di Hotel Sakan Rawdah. Selepas berbuka dengan tamar dan air, hubby Editor gi lew menjemput kengkawan kita yang dah sesat-barat tuh.

Alhamdulillah! Semuanya terkumpul semula. Majlis berbuka puasa malam tuh disediakan oleh pihak hotel. Selesai berbuka, bersolat dan yang pasti malam tuh semuanya tak berterawih sebab penat sangat, kami pun berehat di bilik masing-masing. Lebih kurang jam 1.00 pagi, 2 lagi geng konvoi sampai.

Editor berhenti rehat untuk episod seterusnya..
Layan ajew lew slide show nie....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 27th Ramadhan"

Post a Comment