Kembara Lebaran - 2nd Syawal

Hari ni dah masuk Syawal ke-2.
Destinasi seterusnya Mekah Al Mukaramah. Dari Yanbu perjalanannya tidak lah melelahkan sangat berbanding dari Jubail. Kami siap berihram dari rumah persinggahan yang disediakan oleh Mail di Yanbu bila selesai bersarapan.

Kami cuma berniat umrah 'drive thru' bila sampai di Miqat Al-Juhfah. Setiba di Mekah, kami berpusing-pusing sejenak mencari hotel yang telah kami booking sebelumnya. Maklum lew banyak jalan yang ditutup sempena Ramadhan & Eid Mubarak. Malangnya, tempat parkingnya pulak tak ada. Apalagi, bila dah tawaf berkali-kali di bandar Mekah, kami sepakat menginap di hotel yang lain aje, Hotel Muhajirin. Ha!Ha!Ha! "Asal sireh pulang ke ganggang" atau "Asal belut pulang ke lubuk". Ini merupakan kali ke-2 kami menginap di hotel yang sama selepas kunjungan kami yang pertama sejak beberapa bulan yang lalu.

Selepas check-in, gedebak-gedebuk, itu ini, kami bersiap untuk mengerjakan ibadah umrah(selepas Isya'). Itu pun masih ramai lagi umat Islam yang mengerjakan umrah memenuhi ruang Masjidil Haram. Alhamdulillah, jam 10.30 mlm Editor dan keluarga selesai bersaei. Hanya menunggu yang lain untuk bertahalul. Selesai bertahalul, kami semua membasahkan tekak dengan aiskrim Mekah. Sedap, warna-warni lagi.

Berehat kerna esok akan bermula lagi pengembaraan meredah Saudi!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 2nd Syawal"

Post a Comment