Iftar KRMJ

Seperti yang di jadualkan, KRMJ telah mengaturkan majlis berbuka puasa di Chevron Beachcamp pada hari Khamis yang lalu. Seawal jam 5 ptg, ahli-ahli KRMJ telah mula memenuhi ruang legar Beachcamp.

Juadah berbuka disediakan oleh Malaysian Kitchen tapi ada juga kuih-muih yg disedikan oleh ahli KRMJ(yg mana rajin lew). Ramai juga kawan-kawan yang tak dapat hadir bersama. Ada yang bertugas dan ada yang dah balik kampung, M'sia(huhuhu sedihnyer).

Malah majlis nih terasa kurangnya bila Presiden dan family tak dapat bersama sebab mereka berada di Mekah. Namun majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Malam tuh, solat isya' dan terawikh diimamkan oleh Uz. Salleh SipChem. Selesai solat, ada yang dah minta diri untuk pulang, shopping dsb.
Lebih kurang jam 10.00 mlm,perkarangan Beachcamp mulai lengang. Masing-masing menuju ke destinasi masing-masing.

Buat AJK KRMJ yang menguruskan majlis berbuka puasa ini, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.
Last but not least, Editor sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua warga KRMJ tak kira dimana berada.

SELAMAT HARI RAYA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Iftar KRMJ"

Post a Comment