RINTIHAN ANAK MERDEKA

31 Ogos, kau datang lagi
kali ini dengan wajah yang berbeza
tiada lagi semangat patriotik
di kalangan anak nusa
apakah ini satu petanda
bahawa tanahair tercinta
sedang menderita?

Menjangkau usia 52
tanahairku berlinangan air mata
melihat gelagat warganegara
yang tiada arah tuju hala
berbalah di sini sana
berebut kuasa tak tentu hala
apa dah jadi anak Malaysia?

Bangunlah wahai anak Malaysia
tidak mengira bangsa dan usia
janganlah lalai dan juga leka
jika ingin hidup aman bahagia

Marilah bersatu gembeling tenaga
membina tembok pengukuh negara
membenteras segala buruk gejala
agar Malaysia terus terpelihara

Kuseru semua warga Malaysia
walau di mana kamu berada
laungkanlah MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
dengan penuh pengertian dan makna
demi MALAYSIA tanah tercinta.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Majlis Berbuka - Hadnan & Aida

Jumpa lagi..

Biasalah Editor nie, kalau ada N3 baru jew mesti citer pasal makan lain tak ada. Dah sinonim Editor dgn makan-makan.

Kali nie kisahnyer sekitar Majlis berbuka puasa di Teratak Hadnan & Aida di Fanater. Ini merupakan jemputan majlis berbuka puasa yg pertama bagi Editor sekeluarga di bulan Ramadhan nih.

Kami disajikan dgn menu yg istimewa dan lazat tentunya dari air tangan tuan rumah sendiri. Sambal udang, sambal petai ikan bilis, kari ayam, kobis goreng, ikan pekasam, telur asin dan ayam panggang Dira bermadu(aik!aik! jgn mare nanti kena madu. Ehh! silap kena panggang daa..). Perhhh...semua bahan fresh from Malaysia.

Pemanisnye pulak, Purpleheart puding caremel, Tina's special samosa, Gie's red wabbley jelly, Lepat pisang Ckin montel. Ehh!!! terbalik lew pulak Lepat pisang montel Ckin(hah! jgn nak buat muka yek. Acik nampak tu tau.)Laici jelly Aida. From Editor cuma Kek sarang lebah(Kek span gula hangus yg dah berapa kali buat tak jadi-jadi. Sib baik semalam buat jadik).

Buat Hadnan & Aida, Editor sekeluarga merakamkan jutaan terima kasih di atas undangan ini. Kalau tak serik jemput lew lagi.

Layan ajew lew slide show nie yek!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Bazaar Ramadhan



Salamzzz

Ehh!!!Biar betul ada Bazaar Ramadhan ker kat Jubail nih? Kat area mana plak yek?
Emmm....alahai yang sebenornya tajuk jer. Nie...ala-ala geram pasal tak ada Bazaar Ramadhan lah nih, tapi nak jugak adanyer.

Ini adalah antara xtra xtvt kokurikulum ibu-ibu di sini especially kat Westwind nih(bila time terlebih vitamin "R" ler tuh). Xtvt nih sebenarnya masa sebelum bulan puasa tp sorry Editor yg lambat publish, saje jer nak tunggu time bulan pose, nak buat kecur air liuq boleh gitu.

Biasanya kalau kakak-kakak kat Westwind ada jemputan ke majlis-majlis keraian, keramaian atau apa-apa majlis yang melibatkan makan-makan, inilah hasil buah tangan kami. Sifunya biasalah Master C'kin, Chef Tina dan Chef Shafir(tp maaf ler gambor diorang nih tak leh nak publish nanti terlebih glamor lah plak. Diorang nih ala-ala low profil gituu...). Editor cuma jadi tukang tengok dan tukang makan, sebabnyer itu ajew yang Editor leh buat. He! He! He!

Buat masa nih, xtvt seperti itu dihentikan buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak di bagitau. Tapi insyallah ia tetap akan diteruskan di masa-masa yg akan datang.

Pssttt....kalau ada yang berminat nak menyertai bengkel masakan bersama Master Sifu yang 3 nih, bolehlah daftar sekarang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

RAMADHAN

Hari ini seluruh umat islam di seluruh dunia sedang menjalankan ibadah berpuasa. Bagi Editor sekeluarga, ini adalah pengalaman pertama kami menjalankan ibadah berpuasa di perantauan.

Biasanya kalau di Malaysia, sehari sebelum puasa semestinya 'happening'. Sibuk orang ramai membeli-belah terutamanya di pasar-pasar untuk persiapan berpuasa keesokan harinya. Tapi di Saudi semalam,lengang selengang-lengangnya. Macam tak ada apa-apa sama seperti hari-hari biasa.

Kalau di Malaysia, bazar-bazar Ramadhan dah tegak berdiri. Musim orang ramai mencari rezeki berlipat ganda. Kat sini jangan mimpi nak ada tuh sume.. Huuaa!Huuaa!Huuaa! That's what I miss most! (espeacially the foods & kuih muih yg hanya akan jumpa di bulan Ramadhan sahaje) Yang ada kat Jubail ni cuma ada khemah untuk berbuka puasa beramai-ramai anjuran Jubail Dakwah Centre.

Apapun keadaan dan dimanapun Editor berada, ibadah puasa dijalankan seperti biasa, penuh dengan kesederhanaan.
Buat keluarga di Malaysia, Mesir, Rusia dan Jubail(eh!!aku ler tuh), buat taulan di mana berada (Malaysia, Jubail, Mexico dan tah kat mana-mana), Editor mengucapkan "SELAMAT MENJALANKAN IBADAH BERPUASA".

ADIOS!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

JOE & LEEZA'S HOUSE WARMING PARTY

Kembali semula dengan cerita utama untuk bulan ini. Apalagi kalau bukan cerita pasal rakyat Malaysia Jubail dengan xtvt makan-makannya. Ini merupakan party house warming yang kedua untuk bulan ni selepas rumah Adam & Dillah tempoh hari.

Terima kasih kepada Joe & Leeza yang sudi menjemput Editor & family untuk menceriakan lagi(havoc lagi ada)suasana yang memang dah meriah tuh. Kalau minggu lepas di rumah Hasway & Norma, Editor dijamu dengan Nasi Minyak, semalam dirumah Leeza kami dijamu pulak dengan Nasi Hujan Panas beserta dengan gulai daging, paceri nenas, acar, paru goreng berlada dan ayam tandori. Amboi! Sedap-sedap belaka sampai ke hari ni dapat rasa lagi kelazatannya(kelassss gitu). Itu juadah yang disediakan oleh tuan rumah, buah tangan dari para jemputan tak cukup jari Editor nak kira, tersangatlah banyaknya dan tersangatlah sedapnya.

Seronok betul party semalam tuh. Bukan setakat GWT ajer yang dijemput tapi seantero Malaysian yg ada di Jubail nie(ahli berdaftar KRMJ ajer). Lama betul tak berjumpa dengan mereka-mereka ini sejak dari Party Satay KRMJ dulu.

Kepada tuan empunya rumah sekali lagi Editor ucapkan terima kasih banyak atas undangan kalian berdua dan Editor suka rumah kalian luas dan cantik. Malangnya Editor tak dapat nak merakamkan gambar untuk tatapan pembaca. Biasalah Editor nie, kalau pasal makan mesti lupa dah benda lain. Cameraman pun sama jugak maklumlah perut dah lapo tak leh nak tahan tuh yang lupa sokmo!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Dammam-Dhahran-Khobar-Dammam

Ini segmen commercial. Pasal apa commercial? Pasal n3 kali nie bukan citer pasal makan.

Al Kisah bermula selepas bersarapan di Al baitu Normah & Hasway, husband Editor ajak gi ronda-ronda. Ingatkan sekadar Dammam ajer tapi tengoklah 'tajuk' n3 di atas nuh! Jauh tak?

Ronda-ronda di Dammam, gi ke Al Murjan Island dan kawasan yg sewaktu dengannya (psst! kat sini byk wonderland n waterland bebudak.Nnt sok bila dah cukup sen,jom kite gheghamai gi sini nak?). Cantik! Malangnya, siang-siang buta ni cruise boat dia tak jalan, malam ajew. Hati masing-masing dah excited nak cruising. Hampeh kunyit tol!

Dah pusing-pusing dan posing-posing kat Murjan Island. Tekak rasa kering lah pulak. Singgah pulak kat Marina Mall pekena aiskrim. Kenapa kat Mall? Dalam Mall sejuk sikit. Alasan!! Sambil makan sambil cuci mata maa...Dah selesai makan dan pusing keliling kedai yg byk tak bukak lg pasal lum kul 4 ptg, Editor teringin nak gi pasar lambak Dammam. Hah!! Jgn salah faham bukan pasar lambak brg 2nd hand tuh! Tapi yg ni pasar lambak baju-baju, ala-ala Pasar Payang Terengganu tak pun macam Kampung Jawa Melaka. Pusing punya pusing tak jugak jumpa-jumpa. Memanglah bukan kaki shopping! Tempat macam tuh pun dok leh carik.

Emm...Maleh Acik nak layan!! "Jom gi Dahran."ajak my husband. Wah! menarik nih! Ingatkan nak gi Dahran Mall tapi tidak. Nak tau pi mana? Nah! tu dia pi cari Harley Davidson. Apalagi, bukan main seronok ler bebudak ni. Giler motor cam bapak dia jugak. Buat hapa nak gi sini? Bukannya leh amik motorbike tuh bawak balik?
"Motorbikenyer nanti dulu. Sok, kalu ada rezeki, nak balik Mesia baru muleh amik."
"Dah tu, masuk sini buat hapa?"
"Cuci mata ler. Takkan org pompuan jer nak cuci mata. Sekali-sekala bagi canlah org lelaki pulak. Nengok motor jew bukan nengok minah arab pun. He! He! He!"
"Emm...Layann ler."

Habis citer my husband & the Harley. What's for dinner? Mana lagi? MK ler. Sampai kat MK jumpa pulak NeezaShahril & family dan TinaSufian & family. C'kinTaufiq & family baru jer kuar dr MK(tak jumpalah). Macam biasa bila part makan ajew, Editor lupa nak hamik gambor.

Ingatkan bila dah selesai makan, balik ler. Takkk!!! Kami tak puas hati tak jumpa pasar lambak tuh. Apalagi, gi semulalah!!! Hah! kali ni jumpa. Mana taknye perut dah kenyang ye dak. Kalu tengah kosong, benda besor depan bijik mata pun dok jumpa. He! He! He! Boleh tahan gak harga dia. Albaya yg kain mahal dan design cantik-cantik pun baru SAR 75(tp tak beli pun. saje nak tau tempat kat mana).
Dah beli baju basahan bebudak nie selai dua, kami pun baliklah. Udah lew letih amat dah nie....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Nasi Minyak Norma & Hasway

Hah! Nasi minyak? Ada 'perantin' tak? Ada kompang tak? Hish! Mana ada? Ini bukannya Majlis orang kahwin, saje nak jamu kengkawan M'sia(tp penat tuan rumahnya mengalahkan mak pengatin. mana taknya, mcm-mcm lauk ada. lauk kat rmh kenduri kawin pun tak byk mcm tuh!)

Terima kasih daun keladi kepada Norma & Hasway yg tak jemu-jemu mengajak Editor & family menjamu selera di Al Baitu kalian. Berselera sungguh Editor & family dapat breakfast yang sedap-sedap. Kalau nak ikutkan hati nak dok kat situ sampai dinner(mengalahkan tuan rmh la plk).

Seronok betul! Tapi inilah masalah Editor, bila dah mengadap makanan yg lazizun lupa pulak nak snap picture. Hee!!!!Malasss Acik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Shafir & Kambing Madunya!

Petang Jumaat yang lepas, Editor dan beberapa lagi tetamu dijamu dengan kambing madu (nasib baik kambing jer yg bermadu kalu tukang masaknya yg bermadu...apa citer????kuang!kuang!kuang!),dalca, roti jala, roti putih, kuih-muih (dari tetamu) etc.etc.etc.di rumah Din Kayan & Shafir.

Rajin Tuan Rumah ni memenuhkan hajat kengkawan yang mengidam nak makan kambing madu(pasal dia jer yg terror masak kambing madu. He!He!He!). Punyalah seronok makan, sampai Editor terlupa nak amik gambor kenang-kenangan. Nie ajelah yang sempat..Layan ajew ler....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

ADAM & DILLAH - HOUSE WARMING & ' TERJAH' RUMAH DIN & FARHA

Sambungan...
Itu apa yang berlaku pada hari Rabu malam. Keesokkan harinya, pada petang Khamis pulak bertempat di rumah Adam Tan & Adillah, aktiviti yang sama jugak tapi bukan 'Birthday Party', 'House Warming Party' nak meriahkan lagi isu 'Global Warming'(He! He! He! Jangan mare haa! Nanti Acik bagi surat warning)

Tak cukup kat rumah Adam & Dillah, Editor dan beberapa wartawan yang lain gi 'terjah' pulak ke rumah Kamaruddin An & Farhana(yg sebahagian lg gi buat liputan 'sale' kat Dahran Mall). Bukannya tak cukup makan kat rumah Adam & Dillah tapi seje jer kami nak gi nengok rumah Din & Farha. Dalam nengok-nengok pun sempat jugak Si Tuan rumah ni sediakan kuih donat, keropok etc. etc.

Ehh!!! Esok ada tak? Rumah sapa yek? Nanti Editor bukak diary, nengok sapa dah booked. Sementara tu layanlah gambo-gambor nie...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

DAH MULA DAH!!!!

Emm..Apa yang dah mula dah? Apa lagi kalau bukan aktiviti menjamu selera? Itulah aktiviti yang paling 'fofular' di area Water Tank ni.

Aktiviti nie dimulakan oleh Pian & Tina bersempena dengan birthday anak diorang, Si Aisyah pada minggu lepas. Macam biasa jemputan VIPnya, GWT dan geng mengaji. Anak-anak paling meriah, 'Birthday Party' tentu ada kek dan goody bag!!
Zaz...Layanzzzzzz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments