Kembara Lebaran - 3rd Syawal

Pengembaraan diteruskan lagi. Kali ni dari Kota Mekah menuju ke Al Hada, Taif. Penjelajahan ke Taif nih Dira's family tak ikut serta. Cuma kami empat keluarga sahaja(Editor's family, Umiddin's family, Jahan's family & Nor Azri's family)yang sanggup meredah kawasan pergunungan(cam bagus jew!).

Kami meninggalkan Kota Mekah selepas solat zohor. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Suasana sepanjang perjalanan ke Al Hada, padang pasir dan bukit batu. Suhunya tak lah sepanas Jubail, Mekah atau Madinah. Sejuk gitu...ala-ala macam kat Malaysia.

Setiba di sana, aktiviti pertama dah tentunya cari tempat penginapan(kalu tak, kena tido dalam khemah lew gamaknya..). Tempat pertama yang kami tuju Hotel Le Meridian(macam kaya sangat nak lepak kat situ). Yg benornya cari toilet lew. Kelas tak?? Tup!Tup! nak guna toilet dia kena swipe card macam nak masuk bilik dia gak. Dalam erti kata lain toilet only for the hotel's guest. Dalam pada mencari toilet tuh, my hubby tanya la room rate kat reception SAR 770 jew semalam!! hehe murah nyew lew kat Mesia.

Lepas pusing-pusing ala kadar kami pun jumpa la The Hotel(depan Ramada Hotel) SAR 400semalam ala-ala apartment. Ada satu bilik, ruang tamu, dapur dan ruang bersantai. Kami book 2 apartment untuk 4 keluarga. Satu untuk kaum Adam satu untuk kaum Hawa.

Lepas meluruskan tulang belulang kami tiga sekeluarga (Editor, Ummidin dan Jahan) meredah bandar Taif menuju ke Zoo and Theme park untuk berlibur. Nor Azri and family kerana keletihan sekadar berlibur di theme park sekitar Al-Hada ajew. Bermula la sessi tengok binatang dan menghabiskan duit di theme park. Syiok nyer la anak-anak tapi ada gak sorang ibu nih, nak gak merasa naik Paris Wheel(nak lepaskan tension)...hehe ngalahkan bebudak.

Agak-agak budget dah kering kami pun balik tidor ler...tapi tak tido pun pasal nak ngeteh lak dulu. Pekene teh Che Din ....heran pasal apa bukan teh Brahim ekk!!!
Pikir-pikirkan lew!!
Jom layan gambor-gambor kat bawah nih...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 3rd Syawal"

Post a Comment