Kembara Lebaran - 5th Syawal

Perrrhhh!! 18 degree C. Gigiiiillll!!!!
Pagi tuh, lepas solat subuh, ibu-ibu dah 'buzy' menyediakan sarapan pagi. Menu-Maggi Goreng, Nasi Goreng, Roti, Sardin, Telur Dadar dan Teh'O'.

Siap menyediakan sarapan, siapkan anak-anak pulak. Seawal 10.00 pagi, kami beredar meninggalkan villa menuju pulang ke Jubail. Tak puas lagi sebenarnya kami di Al Baha nih tapi apa nak buat, keterbatasan waktu.

Dalam perjalanan menuruni Al Baha, sempat jugak kami menyinggah di gerai menjual madu(lebah liar-hidup di kawasan bukit batu). Perjalanan diteruskan dengan beberapa siri pitstop sebelum sampai di Riyadh for final pitsop(solat & dinner).

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah dihadapi hingga sampai di depan pintu rumah jam 1.30 pagi. Letih! Lenguh! Sakit pinggang, belakang tok sah cakap lew. Mata apa lagi. 15 jam perjalanan!!

Namun puasnya terasa. Inilah kenangan kami kali pertama beraya di perantauan. Jika ada keizinan, penjelajahan sebegini pasti akan kami teruskan. Insyallah!
Bagi mereka-mereka yang tak mahu ketinggalan dlm XPDC akan datang, cepat-cepatlah mendaftar sebelum due date yea(memandai jew Editor nih).

Untuk peminat setia siri 'Kembara Raya' nih, tataplah slide terakhir dari Editor.
Hingga ketemu di lain siaran. TTFN.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 4th Syawal

Punya lew sejuk kat Taif nih, tido malam tak payah nak on aircond. Masing-masing nyenyak tido berselubung,baik yang kecik mahupun yang tua(ehh!!!silap Senior).
Selesai solat subuh ramai yang tarik selimut semula, seeeejuuuuk......

Suasana kat sini memang nyaman. Nampak juga lew warna-warna kehijauan di sekitar Taif nih. Tengok lew gambor sekitar apartment yang kami sewa tuh, dikelilingi oleh rimbunan pohon-pohon menghijau. Yang tak tahan tuh, kat depan pintu masuk apartment nih, owner dia siap tanam pokok cili ngan tomato. Segar-segar belaka. Eeeee....geramnya. Rasa nak cabut jew bawak balik Jubail. hehehehe!!!

Agak-agak bila matahari dah menjengah, my hubby ngan Che Din(the couplet)gi lew mencari sarapan sebelum ke next and final destination of siri pengembaraan kali ini, Al Baha. Lebih kurang jam 10.00 pg kami meninggalkan Al Hada.

Dari Al Hada ke Al Baha lebih kurang dalam 300km. Jalan ke Al Baha memang adventure, berselekoh ajew maklum lew mendaki bukit. Gerun dan gayat pun ada rasanya but not for the drivers, "macam trek F1 pulak" kata depa.




Setiba di Al Baha, bukan hotel yang kami cari tapi terus ke Raghdhan Park di puncak. Masyallah! What a magnificent view macam kat Grand Canyon lew pulak(cam pernah sampai). Suhu?? Kat sini lagi sejuk dari Taif walaupun matahari dah mencanak kat atas kepala bahangnya tak terasa. Macam kat Europe lah pulak. Hehehe...
Kat park ni ada disediakan tempat lepak(boleh buat bbq lagi!!)untuk family beristirehat. Hishh!! Memang cantik lew. Tak dapek Acik yang nak ceghito kan ehh. Nengok yo lah gambo nun di bawah!



Ehhh!!!Nak ke mano lak tuh? Ado laei ceghito ei nih, lom habih.
Selepas menikmati pemandangan yang memang takkan puas tuh, kami semua mencari 'mata'am' untuk mengisi perut yang dah banyak masuk angin bukit nih. Bila dah kenyang baru lew cari lubuk untuk melingkau. Wakakakakaka!!!!!

Rumah rehat yang kami sewa nih ala-ala villa. Ada 3 bilik tido, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Bila dah ada dapur yang complete ngan periuk-belanga dan pinggan-mangkuk, hah! apalagi....masak lew. Dah bosan asyik makan khabsa ajew. Jadi malam tuh kami masak sardin,kacang buncis goreng and telur dadar. Berselera...wa cakap lu.

Dah kenyang, bebudak nih merengek-rengek nak gi taman permainan yang sepelaung jaraknya dari villa kami. Jadi kena lew bapak-bapaknya melayan coz ibu-ibu nak mengemas pinggan mangkuk. Ada tuh yang siap mendobi baju lagi(ada washing machine lew).

Macam biasa sebelum tido, Che Din akan bukak kedai teh nya (Che Din lagiiii....).
Esok perjalanan pulang menanti.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 3rd Syawal

Pengembaraan diteruskan lagi. Kali ni dari Kota Mekah menuju ke Al Hada, Taif. Penjelajahan ke Taif nih Dira's family tak ikut serta. Cuma kami empat keluarga sahaja(Editor's family, Umiddin's family, Jahan's family & Nor Azri's family)yang sanggup meredah kawasan pergunungan(cam bagus jew!).

Kami meninggalkan Kota Mekah selepas solat zohor. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Suasana sepanjang perjalanan ke Al Hada, padang pasir dan bukit batu. Suhunya tak lah sepanas Jubail, Mekah atau Madinah. Sejuk gitu...ala-ala macam kat Malaysia.

Setiba di sana, aktiviti pertama dah tentunya cari tempat penginapan(kalu tak, kena tido dalam khemah lew gamaknya..). Tempat pertama yang kami tuju Hotel Le Meridian(macam kaya sangat nak lepak kat situ). Yg benornya cari toilet lew. Kelas tak?? Tup!Tup! nak guna toilet dia kena swipe card macam nak masuk bilik dia gak. Dalam erti kata lain toilet only for the hotel's guest. Dalam pada mencari toilet tuh, my hubby tanya la room rate kat reception SAR 770 jew semalam!! hehe murah nyew lew kat Mesia.

Lepas pusing-pusing ala kadar kami pun jumpa la The Hotel(depan Ramada Hotel) SAR 400semalam ala-ala apartment. Ada satu bilik, ruang tamu, dapur dan ruang bersantai. Kami book 2 apartment untuk 4 keluarga. Satu untuk kaum Adam satu untuk kaum Hawa.

Lepas meluruskan tulang belulang kami tiga sekeluarga (Editor, Ummidin dan Jahan) meredah bandar Taif menuju ke Zoo and Theme park untuk berlibur. Nor Azri and family kerana keletihan sekadar berlibur di theme park sekitar Al-Hada ajew. Bermula la sessi tengok binatang dan menghabiskan duit di theme park. Syiok nyer la anak-anak tapi ada gak sorang ibu nih, nak gak merasa naik Paris Wheel(nak lepaskan tension)...hehe ngalahkan bebudak.

Agak-agak budget dah kering kami pun balik tidor ler...tapi tak tido pun pasal nak ngeteh lak dulu. Pekene teh Che Din ....heran pasal apa bukan teh Brahim ekk!!!
Pikir-pikirkan lew!!
Jom layan gambor-gambor kat bawah nih...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 2nd Syawal

Hari ni dah masuk Syawal ke-2.
Destinasi seterusnya Mekah Al Mukaramah. Dari Yanbu perjalanannya tidak lah melelahkan sangat berbanding dari Jubail. Kami siap berihram dari rumah persinggahan yang disediakan oleh Mail di Yanbu bila selesai bersarapan.

Kami cuma berniat umrah 'drive thru' bila sampai di Miqat Al-Juhfah. Setiba di Mekah, kami berpusing-pusing sejenak mencari hotel yang telah kami booking sebelumnya. Maklum lew banyak jalan yang ditutup sempena Ramadhan & Eid Mubarak. Malangnya, tempat parkingnya pulak tak ada. Apalagi, bila dah tawaf berkali-kali di bandar Mekah, kami sepakat menginap di hotel yang lain aje, Hotel Muhajirin. Ha!Ha!Ha! "Asal sireh pulang ke ganggang" atau "Asal belut pulang ke lubuk". Ini merupakan kali ke-2 kami menginap di hotel yang sama selepas kunjungan kami yang pertama sejak beberapa bulan yang lalu.

Selepas check-in, gedebak-gedebuk, itu ini, kami bersiap untuk mengerjakan ibadah umrah(selepas Isya'). Itu pun masih ramai lagi umat Islam yang mengerjakan umrah memenuhi ruang Masjidil Haram. Alhamdulillah, jam 10.30 mlm Editor dan keluarga selesai bersaei. Hanya menunggu yang lain untuk bertahalul. Selesai bertahalul, kami semua membasahkan tekak dengan aiskrim Mekah. Sedap, warna-warni lagi.

Berehat kerna esok akan bermula lagi pengembaraan meredah Saudi!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 1st Syawal



Di 1 Syawal, selepas menunaikan solat sunat Eid Mubarak, kami bersiap sedia meninggalkan Madinah untuk menuju ke destinasi seterusnya, Yanbu. Tak semua dari ahli konvoi ikut serta dalam perjalanan kali ini. Hanya Editor, Umiddin, Dira dan Nor Azri meneruskan perjalanan ke Yanbu. Yang lainnya bersiap sedia untuk pulang ke Jubail. Manakala Jahan Berahim sudah pun berada di Yanbu semalam.

Perjalanan ke Yanbu lebih kurang 2 1/2 jam. Setiba kami di Yanbu, rumah terbuka pertama yang kami serbu ialah rumah MAMA BUNGAS. Amboi! macam-macam ada dan sedap-sedap belaka sampaikan ada yang mintak resepi. Terima kasih lew Kak Reenazs ooiii, melayan kerenah adik-adik nih.

Selepas rumah MAMA BUNGAS, kami ke rumah Kak Mar(lecturer di Yanbu Girls College). Kemudian ke rumah Siti(another lecturer in Yanbu Girls College). Walaupun tidak pernah mengenali sebelum ini namun kemesraan tetap wujud. Itulah uniknya rakyat Malaysia. Tetap mesra dengan sesiapa jua apatah lagi dengan warganegara sendiri. Buat Kelab Rakyat Malaysia Yanbu jutaan terima kasih atas sambutan yang diberikan kepada kami dari Jubail. Insyallah, kami sentiasa menanti dan menyambut kalian dengan mesra bila berkunjung ke Jubail. Kunjungan kalian amat-amat kami nantikan

Rumah terakhir kunjungan kami adalah rumah Gie & Ismail(adik Berahim). Kami dihidangkan dengan special menu lagi Nasi Jagung dan lauk-pauk yang lazat. Bukan setakat itu aje, kami disajikan dari makan tengahari ke makan malam dan sarapan pada keesokan harinya. Amboi! Special sungguh layanannya.

Special thanks to Mail & Gie for the hospitality and warming welcome. Editor tidak akan melupakan keramahan dan kemesraan yang terjalin apatah lagi menyediakan penginapan kami semalaman di sana. Pada tuan empunya rumah terima kasih tidak terhingga kerana memberikan kebenaran kepada kami untuk menjadikan mahligai tuan sebagai tempat persinggahan kami. Moga-moga hidup kalian sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Amin.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 29th Ramadhan

Hari ke-3 di Madinah Al Munawarah.
Hari ni, xtvt nya sendiri-sendiri. Cuma Editor dan beberapa geng hawa yang masih belum berpuas hati ingin kembali ke Rawdhah lagi. Kali ini niatnya ingin menziarahi makam Nabi dan sahabat baginda.

Tanpa menghiraukan wanita-wanita Arab,Turki,India,Indonesia,Pakistani dan tah dari mana lagi, kami meneguhkan diri dan menguatkan kaki menuju ke makam nabi. Memang sudah rezeki kami, setiap yang dihajati, dikecapi. Alhamdulillah!! Pengalaman bersolat sunat 2 kali di Rawdhah dan ke makam Nabi tidak akan luput dari ingatan. Insyallah!Selagi Allah mengizinkan. Sayangnya kami dilarang untuk merakamkan gambar untuk menjadi tatapan di kemudian hari.

Sebelah siangnya, Editor memang tidak punya xtvt. Cuma bila menjelang petang, Editor, Umiddin dan Dira sedikit 'buzy' mencari beberapa juadah bukan untuk berbuka tetapi untuk Jamuan Malam Aidil Fitri nanti.

Memandangkan malam ni malam terahkir berbuka puasa, ramai antara kami mengambil kesempatan untuk berbuka di Masjid Nabawi. Lebih kurang jam 10 mlm, dewan makan Hotel Sakan Al-Rawdhah dipenuhi dengan geng-geng kami untuk Jamuan Aidil Fitri. Sempat juga Editor menjemput Kak Sue CheLi, rakan dari Yanbu yang tiba disini untuk join sekali. Malah orang-orang Turki yang ada kat hotel ni pun naik 'jaki' dengan xtvt kami. Ada juga yang tumpang sekaki, nak merasa juadah dan kemeriahan Aidil Fitri bersama kami. Terima kasih pada Umiddin yang membawa bekalan nasi impit, rendang daging, sambal pengantin dan kek marble dari Jubail. Editor cuma menyumbang serunding daging dan tidak lupa juga pada geng-geng konvoi yang sporting menyumbang sama untuk memeriahkan majlis yang tak seberapa. Terubat jua kesedihan beraya jauh di perantauan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 28th Ramadhan

Bersua lagi...

Hari ke-2 di Madinah Ai Munawarah.
Seawal jam 3.30 pagi kami dah berkumpul di dewan makan hotel untuk bersahur. Juadahnya disediakan oleh pihak 'caterer' yang diuruskan oleh Pak Aseep(our agent). Dengan badan yang letih dan kepala yang mamai, sahur tetap bersahur. Selesai sahur solat subuh ditunaikan di Masjid Nabawi.

Masyaallah!! Cantiknya, terkedu seketika. Mata tidak berkelip meneliti setiap inci keindahan di dalam Masjid Nabawi. Ramainya umat Nabi Muhammad S.A.W yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa memenuhi ruang Nabawi ini.

Aktiviti kaum hawa pada sebelah pagi, menziarahi Al Rawdhah(kaum bapa xtvt rehat & jaga anak di hotel. Jaga anak ker tido???Kih!kih!kih!). Kaum Nisaa hanya dibenarkan menziarahi Al Rawdhah dari jam 8-10 pagi sahaja. Kesempatan ini tidak kami bazirkan. Bersama ribuaan AnNiasaa yang lain kami melangkah menuju ke Rawdhah. Alhamdulillah! Nawaitu kami ingin bersolat di hadapan Rawdhah tertunai. Kami tak sempat menziarahi makam nabi s.a.w dan para sahabat akibat dek adegan tolak-menolak di sekitar Al Rawdhah. Tapi tidak mengapa, esok masih ada buat kami.

Mengelilingi Masjid Nabawi menjadi xtvt kami,kaum hawa seterusnya. Luas sungguh tidak terkata, kaki jua lelah melangkah, namun puasa tiada tergugat.

Sementara menantikan xtvt seterusnya, kami pun apalagi meluruskan tulang belulang dan kaki yang lenguh di bilik beradu masing-masing. Selesai solat Jumaat, lebih kurang jam 2 ptg, kami mengatur langkah menuju ke Bukit Uhud, menziarah kubur para shuhada yang terkorban ketika Perang Uhud. Kemudian kami ke Kubu Khandak dan seterusnya ke Masjid Quba bersolat Asar sebelum pulang ke Masjid Nabawi untuk berbuka dan bermaghrib.

Menjelang ke Isya, orang mula berpusu-pusu memenuhi ruang Nabawi untuk mengerjakan terawih yang terakhir. Sayu pilu mendengar suara imam bila melagukan ayat-ayat lazim Al Quran menandakan Ramadhan telah berakhir.

Selesai berterawih, Editor sekeluarga meronda-ronda sekitar Masjid Nabawi mencuci mata mencari cenderamata & cenderahati jika ada yang mencuit hati untuk dijadikan kenangan nanti. Malam di sekitar Masjid Nabawi memang tak pernah sunyi dengan penjual dan pembeli. Ada saja xtvt di sana sini.

Malam makin menghampiri dinihari. Penjual, pembeli makin menyepi. Masing-masing kembali ke lubuk untuk bersahur buat terakhir kali sebelum menjelma Aidil Fitri.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 27th Ramadhan

Salam semua,

Hari nie dah 27 Ramadhan, maknanya tinggal 3 hari jer lagi menjelang Syawal. Dalam kesibukan anak rantau pulang ke kampung halaman(jelessss nyer...), Editor sekeluarga serta 9 keluarga yang lain mengambil kesempatan untuk berhari raya di Madinah dan Mekah. Pada awalnya hanya Editor & family jew yang merancang hendak beraya di Madinah & Mekah tapi tak sangka pulak ramai yang mengikut. Bagus jugak, tak de lah terasa sangat beraya di tempat asing.

Pada pagi 17 September, seawal jam 5 pagi, 7 dari 9 keluarga(family Editar, Jo Dira sefamily,Lina Aris sefamily, Shidah Shahril sefamily, Bada Md Shah sefamily, Dila Masri sefamily & Nor Azri sefamily) berangkat menuju ke destinasi pertama yang memakan masa hampir 13 jam iaitu Madinah Al Munawarah. Biasalah 'taiko'nya my hubby,yang lain-lain tuh jadi pengikut jew. Cuma Umiddin sefamily & Jahan Ibrahim sefamily berangkat 4 jam lewat dari kami.

Setiap perjalanan mestilah ada pitstopnya. Maklumlah bukannya naik kapal terbang. Walaupun dibulan puasa, kereta-kereta nih mintak diisi jugak perutnya. Kalau tak, tak sampai lew gamaknyer. Tak mencabar sesuatu journey tuh kalau tak ada masalah. Nak dijadikan kisah cemas, ada antara ahli konvoi nih, keretanya tak leh berhenti. Asal berhenti jer 'temperature' kereta pun naik. Jadi bila geng-geng konvoi yang lain isi tangki, dia tak isi. Apa lagi bila melepasi bandar Qassim, kawan kita ni dah 'gubra' sebab minyak kereta dah bawah par, sepanjang perjalanan selepas Qassim tuh pulak tak ada petrol stesen sampailah lagi 150 KM ke Madinah baru jumpa petrol stesen. Mujurlah kereta kawan nih sempat sampai di petrol stesen nih. Alhamdulillah! Kalu tak alamatnya tersadai lew kat tepi jalan. Kena tunggu rescue team dari geng konvoi yang 2 lagi tuh(Che Din Kayan & Berahim Jahan)sampai.

Itu cerita sebelum memasukki bandar Madinah. Dah masuk bandar Madinah pun ada jugak situasi 'tempestuos'nye. Kami terpisah-pisah di celah-celah kesibukkan kereta-kereta ketika waktu berbuka puasa hampir tiba, ada yang ke kanan, ada yang ke kiri, ada yang naik 'fly over', ada yang lalu kot bawah, ishh...macam-macam lew. Tapi pasal 'driver' Editor ni 'terror'(kena puji ckit,kalu tak lain kali tak berjalan lew Editor), sampai jugak lew kami di Hotel Sakan Rawdah. Selepas berbuka dengan tamar dan air, hubby Editor gi lew menjemput kengkawan kita yang dah sesat-barat tuh.

Alhamdulillah! Semuanya terkumpul semula. Majlis berbuka puasa malam tuh disediakan oleh pihak hotel. Selesai berbuka, bersolat dan yang pasti malam tuh semuanya tak berterawih sebab penat sangat, kami pun berehat di bilik masing-masing. Lebih kurang jam 1.00 pagi, 2 lagi geng konvoi sampai.

Editor berhenti rehat untuk episod seterusnya..
Layan ajew lew slide show nie....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

BERSELOKA MENJELANG HARI RAYA

Menjual emas, perak dan suasa,
Konon nak cepat jadi kaya,
Pejam celik dah hujung puasa,
Eik! Dah nak raya.

Baju kebaya berkain lipat,
Sayang sedikit kainnya ketat,
Kalau di Malaysia dihidangkan ketupat,
Nanti di Jubail dipanggil 'keputat'.

Kalau bershopping biarlah cepat,
Jangan Cik Abang menunggu lama,
Kenapa dipanggil'keputat' bukan ketupat,
Sebab daun kelapa diganti dengan daun kurma.

Kuih moden sudah sememang,
Kuih tradisi janganlah lupa,
Hajat di hati nak bakar lemang,
Cari buluh tak jumpa-jumpa.

Jangan diturutkan hati nan keruan,
Mari berseloka dan berdendang,
Unta siapa ni tak bertuan,
Nakku jadikan mangsa buat rendang.

Baju adik berbunga di tepi,
Baju abang lupa nak tempah,
Di Malaysia nak beli bunga api, curi-curi,
Di sini dijual bersepah-sepah.

Anak-anak bermain bunga api,
Jangan lupa mercun sekali,
Kalau di Malaysia jangan nak mimpi,
Tapi di sini 'Pak Polisi' tumpang sekaki.

Kepada rakan 'Kembara Raya',
Jangan lupa passport, lesen dan I/C,
Berhati-hati di jalan raya,
Semoga selamat sampai ke destinasi.

Terkenang kampung halaman sepanjang masa,
Rindu pada keluarga tercinta,
Jika ada terkasar bahasa,
Ampun dan maaf jua dipinta.

Berpakaian baru amatlah suka,
Berwarna-warni penuh ceria,
Selesai sudah Editor berseloka,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Iftar KRMJ

Seperti yang di jadualkan, KRMJ telah mengaturkan majlis berbuka puasa di Chevron Beachcamp pada hari Khamis yang lalu. Seawal jam 5 ptg, ahli-ahli KRMJ telah mula memenuhi ruang legar Beachcamp.

Juadah berbuka disediakan oleh Malaysian Kitchen tapi ada juga kuih-muih yg disedikan oleh ahli KRMJ(yg mana rajin lew). Ramai juga kawan-kawan yang tak dapat hadir bersama. Ada yang bertugas dan ada yang dah balik kampung, M'sia(huhuhu sedihnyer).

Malah majlis nih terasa kurangnya bila Presiden dan family tak dapat bersama sebab mereka berada di Mekah. Namun majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Malam tuh, solat isya' dan terawikh diimamkan oleh Uz. Salleh SipChem. Selesai solat, ada yang dah minta diri untuk pulang, shopping dsb.
Lebih kurang jam 10.00 mlm,perkarangan Beachcamp mulai lengang. Masing-masing menuju ke destinasi masing-masing.

Buat AJK KRMJ yang menguruskan majlis berbuka puasa ini, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan.
Last but not least, Editor sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada semua warga KRMJ tak kira dimana berada.

SELAMAT HARI RAYA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Iftar di Malaysian Kitchen

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni, Malaysian Kitchen ada menyediakan buffet berbuka puasa. Apalagi, adalah kawan Editor yang sorang nih mengesyorkan agar kami berbuka puasa beramai-ramai di situ. Emmmm....menarik jugak idea tuh!

Jadinya, setelah difikir-fikir, dibincang-bincang kami pun beramai-ramai memenuhkan MK semalam. Dari suasana yang sepi bertukar menjadi riuh-rendah, gegak-gempita dibuat dek suara anak-anak kami di MK. Seronok mereka dapat berbuka puasa beramai-ramai sekali-sekala(ibu-ibu pun seronok jugak. Tak gitu ayah-ayahnya???)

Untuk juadah berbuka semalam, MK menyajikan kami dengan bubur lambuk, mee goreng, kuey teow goreng, kuih-muih yg pelbagai, roti jala, bubur kacang hijau, ayam goreng, daging goreng, ikan masak lemak cili padi, sayur campur, sup tulang, kerabu mangga, teh tarik, air bandung, koktail tembikai dan macam-macam lagi yg Editor tak ingat(sbbnye byk sgt...). Sedap-sedap belaka dan memenuhi citarasa.

Layan ajew lew gelagat-gelagat kami sepanjang di MK...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Window Shopping???

4th September 2009


This frame was requested by Aminah during our so called window shopping at Dahran Mall.


She was so exicited when she saw GREEN trees. Eventhough it wasn't real.


By the way was it really window shopping my dear? hi!hi!hi!...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments