Kembara Lebaran - 1st Syawal



Di 1 Syawal, selepas menunaikan solat sunat Eid Mubarak, kami bersiap sedia meninggalkan Madinah untuk menuju ke destinasi seterusnya, Yanbu. Tak semua dari ahli konvoi ikut serta dalam perjalanan kali ini. Hanya Editor, Umiddin, Dira dan Nor Azri meneruskan perjalanan ke Yanbu. Yang lainnya bersiap sedia untuk pulang ke Jubail. Manakala Jahan Berahim sudah pun berada di Yanbu semalam.

Perjalanan ke Yanbu lebih kurang 2 1/2 jam. Setiba kami di Yanbu, rumah terbuka pertama yang kami serbu ialah rumah MAMA BUNGAS. Amboi! macam-macam ada dan sedap-sedap belaka sampaikan ada yang mintak resepi. Terima kasih lew Kak Reenazs ooiii, melayan kerenah adik-adik nih.

Selepas rumah MAMA BUNGAS, kami ke rumah Kak Mar(lecturer di Yanbu Girls College). Kemudian ke rumah Siti(another lecturer in Yanbu Girls College). Walaupun tidak pernah mengenali sebelum ini namun kemesraan tetap wujud. Itulah uniknya rakyat Malaysia. Tetap mesra dengan sesiapa jua apatah lagi dengan warganegara sendiri. Buat Kelab Rakyat Malaysia Yanbu jutaan terima kasih atas sambutan yang diberikan kepada kami dari Jubail. Insyallah, kami sentiasa menanti dan menyambut kalian dengan mesra bila berkunjung ke Jubail. Kunjungan kalian amat-amat kami nantikan

Rumah terakhir kunjungan kami adalah rumah Gie & Ismail(adik Berahim). Kami dihidangkan dengan special menu lagi Nasi Jagung dan lauk-pauk yang lazat. Bukan setakat itu aje, kami disajikan dari makan tengahari ke makan malam dan sarapan pada keesokan harinya. Amboi! Special sungguh layanannya.

Special thanks to Mail & Gie for the hospitality and warming welcome. Editor tidak akan melupakan keramahan dan kemesraan yang terjalin apatah lagi menyediakan penginapan kami semalaman di sana. Pada tuan empunya rumah terima kasih tidak terhingga kerana memberikan kebenaran kepada kami untuk menjadikan mahligai tuan sebagai tempat persinggahan kami. Moga-moga hidup kalian sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Amin.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 1st Syawal"

Post a Comment