Vincennes, Indiana

Kali nih, historic Vincennes menjadi pilihan. Vincennes,Indiana's first city founded in 1732 as a French fur trading post. Today(Feb,25th),231 years ago, an estimated 175 men made a brutal midwinter march to capture the British fort at Vincennes(hehehe....cakap omputih plak editor nih). Semua nih terpahat di George Rogers Clark National Historical Park. Kalau nak tahu, Vincennes nih dulu Ibu negeri Indiana sebelum berpindah ke Corydon then ke Indianapolis.

Memandangkan bandar nih bandar bersejarah macam Melaka Bandaraya Bersejarah(kampung den tuh!), banyak lew bangunan-bangunan bersejarahnyer. Selain dr George Rogers Clark National Park, ada Lincoln Monument, Old French House, Indians Museum, Military Museum, Grouseland-rumah William Harrison dan macam-macam lagi. Tengok ajew lew gegambor kat bawah nih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

St Louis, Missouri

Setiap detik yg terluang tidak dibazirkan begitu saje, pasti ada ajew tempat yg nak dilawati(kaki rewang lew katakan. mana nak tau duduk diam ye dok?). Baru-baru nih Editor n family gi ke St Louis,Missouri.

Bila sebut ajew St Louis, pasti yg terlintas dlm kepala is 'The Arch'(what a great view from the top?). Walaupun salji dah mula mencair,tapi pagi tuh turun plak salji nih. Seeeeejjuuuukkkkk!!! Sampai di St Louis lagi sejuk walaupun tak de snow tapi angin dia...ppeerrrggghhhh!!!! Beku.

Bandar St Louis pagi tuh agak lengang jadi senang lew nak merayap. Cantik dan klasik jugak bangunan-bangunan di sini. Infact, shopping galery nyer pun lain dari yg lain(padan lew lain, hok yg nih tuk org kekaye ajew. Tersalah masuk lew plak!).

Layan ajew lew kerenah-kerenah kami sepanjang di St. Louis!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Louisville, Kentucky

Olaa!!!

Dari Nashville, Tennessee kami ke Louisville, Kentucky(ha ah tempat asal KFC,finger licking good!). Pit stop kami yang pertama, Lost River Caves. Kentucky nih popular dengan caves nyer(kalu tak silap ada 6 gua kot). Kalu nak tahu, kat gua ni lew Jesse James(penyamun popular tuh)bersembunyi dan pada tahun 1930an dulu ada night club lagi kat gua nih(caya tak??). Gua nih, one of the largest cave entrances east of the Mississippi river. Dlm gua nih jugak lew kita boleh jumpa kelawar yg paling kecik(besar ibu jari jer). Huh! pjg plak bebel pasal sejarah gua nih. Tp yg penting, it was a great adventure and unforgetable!

Keluar dari gua, kami menuju ke bandar Louisville. Apa lew yg ada kat Louisville nih sampai beriyea-iyea Editor nak gi yea dok?? Haaa!!!!Nak tahu?? Ini lew tempatnya 'Louisville Slugger' the popular museum & factory of baseball bat. The only place you can see the world's biggest bat. Tapi malangnya kami tak sempat nak masuk melawat museum & factory nih coz dah tutup(melepas nak dapat mini bat free.Emmm...alahai!).

Selain dr Louisville Slugger, kat sini ada Muhammad Ali Center(peninju tuh lew), Churchill Downs(Kentucky Derby-tempat lumba kuda daaa...), Six Flags(tmn tema) dan mcm-mcm lagi. Tapi yg best bila gi Fourth Street Live(nama nyer pun dah happenning). Everthing live here!

Tak banyak gambar yg sempat Editor rakam gara-gara lupa nak charge bateri kamera. Emmmm... dalam masa 2 hari kami dah merayap sampai 2 state. Lepas nih mungkin ke St. Louis di Missouri plak, insyaallah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Nashville, Tennessee

Salam...
Jumpa lagi kita. Kali nie, Editor nak bercerita tentang Nashville. Dr Evansville, it takes about 21/2hrs. Pada yg belum tahu, Nashville ni popular dengan motto 'Country of Music'. Di sini lew penyanyi-penyanyi lagu 'country' dinobat dan disanjung.

Happenning sungguh bandar nih. Mana ceruk kita jalan, lagu-lagu country pasti berkumandang. Setiap barnya ada saje live band yg beraksi. Kebanyakan lokasi tourist attractions berdekatan, jadi kami mengambil keputusan berjalan kaki untuk menikmati keindahan bandar Nashville. Tapi pada yg malas nak berjalan, boleh jugak naik kereta kuda yg disediakan(siap ngan guide lagi tp bayor lew). Hall of Country Fame bukti music country mmg popular di sini.

Remember the Titans?? Yeap!(bukan Titan kat Pasir Gudang tuh)Team American football yg popular satu masa dulu. Eemmm...sempat jugak lew kami berposing di hadapan stadiumnyer tuh(nak masuk dlm stadium,tutup lew plak). Selain tuh, kat sini pun ada underwater dining adventure(underwater restoran)dan macam-macam lagi. Nak citer pun dah tak tahu macamana(lps nih kena buang keje jd editor),jadi layan ajew lew slide show nih wehhh!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

XTVT di Mount Vernon

Macam tajuknya, cerita kali nih berkisar tentang xtvt yg kami buat di Mt Vernon selepas sehari dua sampai di sini. Malam pertama kami sampai disini, snow shower. Everybody was excited(mcm sakai, maklum lew 1st time nengok salji turun. Hehehehe...buat malu kat orang kampung jew).

Esoknya hari Ahad, kami pi ronda-ronda downtown Evansville(20 mins from the suite). Beli stok apa yg patut coz besoknya cik hubby nak pi kerje. On the way home, sempat gak nak pi cari Sabic IP(tompek kojo laki den)..beshnyer! dekat sangat ngan suite kitaorang, tak sampai 5 minit dah sampai. Kalu tau cengini, baik suruh cik hubby sewa basikal ajew pi kerje. Dapat lew acik merewang ngan kereta. Huhuhuhu...

Hari pertama hubby gi kerja, xtvt bebudak nih tak ada lain, main salji, buat snowman. Maklum ajew lew malam tadi snow turun dengan lebatnya. Siap dengan angin kuat lagi. Jadi pagi nih, memutih jew kawasan motel ni. Safwan & Amy were accompanied by Shirley(one of the worker kat sini) buat snowman. They really have fun ditambah pulak ada orang yg melayan kerenah diorang.

Semalam, lepas makan tengahari, kami diajak oleh Sherry(owner motel) pergi "sliding" kat Country Club (masa tuh hubby kerje)dengan family member dia yg lain. Seronok sungguh! Mereka-mereka nih pun polite dan peramah orangnya. Orang-orang kat Country Club nih pun baik-baik belaka. Tak de lew kami nih terasa seperti alien kat sini. Malah kemana Editor dan anak-anak nak pergi masa hubby tak ada, they will take us and fetch us back(seronoknyer...macam jd Mem Besar lew plak.heheheh...).

Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, weekend nih Editor sekeluarga nak pi Nashville(tempat penyanyi-penyanyi popular melepak). Sebelum tuh tatap lew slide nih sebagai tandamata dari kami yg jauh. Jangan jelleeezzzzzz!!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Chicago - Mt.Vernon

Jumpa lagi kita di episod yg baru.

Kali nih nak kongsi bersama perjalanan dari Chicago ke Evansville. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam(memandu dengan penuh berhemah sbb kalu langgar ajew speed limit, dtg lew pak polisi depa mengejar). Perjalanan dari Chicago ke Charleston tak berapa menarik, mendatar ajew macam kat Saudi gak. Bezanya kat Saudi padang pasir, kat sini salji memutih. Tapi bila dah masuk ke area Charleston(ala-ala kawasan perkampungan)viewnya menarik(walaupun covered by snow).

Sebelum sampai ke Evansville sempat jugak Editor singgah di Tangers Outlet(factory outlet yg menjadi kegilaan ramai.hehehhe....). Memang giler! Kelabu bijik mata dibuatnyer. Bukan setakat Editor jew yang mabuk mata,mat-mat & minah-minah salleh kat sini pun sama jugak. Mengangkut semacam jew.

Dah hilang kelabu mata, perjalanan diteruskan ke Evansville. Lebih kurang jam 7mlm kami sampai di Four Season Motel,Mt Vernon. Mt Vernon nie kawasan country(mcm kampung tp menarik).Sorry gambarnya tak dapat nak ambil pasal dah gelap dan dah ngantuk yg benornya. Jadi tatap lew gambar 2-3 keping yg sempat. Bagi peminat-peminat 'factory outlet',so sorry no pictures taken, coz everybody has turned grey when they saw the sale.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Merewang di Chicago Metropolitan

Seperti yang dijanji, ketemu lagi kita di Episod yg lebih menarik(hahaha...perasan). Macam tajuknyer, aktiviti kami pada keesokan harinya, meronda-ronda di sekitar bandar Chicago.

12 Feb 2010,8AM
Pagi tuh selepas simple breakfast(toast,omelette,hashbrown n hot chocolate),kami berjalan kaki menuju ke Navy Pier. Macam-macam ada, ada muzium kanak-kanak,muzium seni kaca, panggung wayang, taman botani, gerai cenderamata etc. etc. etc. Hajat di hati nak naik Water Taxi, cruise along the river sampai ke Michigan Lake tapi tak kesampaian coz sungai dan tasik beku. Jadi tak bergerak lew sepanjang musim sejuk nih(kena datang semula nih, masa summer.huhuhu...).

Dah habis pusing-pusing sekitar Navy Pier, kami berjalan menuju ke Alder Planetarium, Shed Aquarium, Soldier Field(boleh tahan jauh jugak tp tak terasa sebab sejuk. Cuba kalu musim panas mcm kat Jubail, mau kering air Tasik Michigan tuh kami minum.hehehe...). Tak semua tempat kami masuk sebab entrance fee nye buleh tahan mahal. Dari Soldier Field, kami ke McCormick Place. Ingatkan nak naik train balik ke hotel tapi service ke downtown hari tuh tak ada so naik taxi lew kami.

Setiba di hotel, kerja lain tak ada kecuali membuta. Malam tuh pulak kami pusing-pusing sekitar shopping mall yang berhampiran dengan hotel. Huhuhu...macam-macam ada, duit jew yang ciput kalau tidak mau gak shopping sakan. Depa nih tengah sale Valentine Day(ada sesiapa nak kirim...beli bunga ros buleh lew!wakakaka...). Tempat yg menjadi pilihan setiap kali kami melencong tak lain tak bukan "Hard Rock Cafe". Ada lew 1 2 barang yg kami rembat. Dah penat kaki berjalan n cuci mata, it is time for us to buat taik mata. Hehehehe...

13 Feb 2010,8AM
Selepas sarapan pagi n check out, kami sempat lagi singgah di Water Tower n Civic Opera House sebelum berangkat menuju ke Mt. Vernon, Evansville, Indiana. Kali nih kami tak lew jalan kaki tapi sewa kereta. Kalau jalan kaki alamatnya sampai tercabut pun kaki, tak sampai-sampai jugak lew.

Cerekarama berhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan. Bagi peminat setia siri ini, jgn lupa kesinambungannya.hehehehe....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Touchdown O'Hare

Salam semua. Jumpa lagi diruangan yg tanpa wajah dan suara. Kali ini Editor bersiaran langsung dari nun jauh di mata tapi dekat di hati(eh! yer ker? atau cuma Editor yg perasan sendiri? hehehe..). Tapi disebabkan terdapat beberapa masalah yg tidak dapat dielakkan, siaran langsung nih dah jadi siaran tertunda beberapa hari(wokey lew tuh,drpd tak de citer ye dok?)

Catatan bermula dari:

10 Feb 2010,11PM(waktu Jubail)
Selepas menikmati makan malam di rumah Ckin n Taufiq(terima kasih atas jemputan tersebut)pada malam tuh Editor sekeluarga bersiap-siap untuk meninggalkan Jubail menuju ke Chicago. Kami ke King Fahd Airport di hantar oleh Din Kayan (terima kasih Che Din. Nnt kami balik jgn lupa jemput yek? hihihi..). Sampai di airport lebih kurang jam 12tghmlm. Kami melepak sampai subuh kat airport tuh coz flight kul 4pagi.

11 Feb 2010,7.15AM(waktu Abu Dhabi)
Lebih kurang jam 7.15pg (waktu tempatan)kami mendarat di Abu Dhabi untuk transit selama hampir 3jam(berapa lama daa). Mata nih masa tuh tok sah cakap lew berpasir, berpinau-pinau memandang. Mengantuk yg amat-amat. Jam 10.40 pg waktu tempatan kami berlepas menuju ke Chicago.

11 Feb 2010,4PM(waktu Chicago)
"YEEEEHAAAAAHHHHHH!!!!!! TOUCHDOWN!" Finally,kaki nih jejak jugak ke bumi selepas lebih kurang 14 jam terawang-awang di angkasa raya. Alhamdulillah, segala urusan imigresen dan kastam dipermudahkan olehNYA. Tak ada masalah langsung.
"MAAAAAAKKKKKK!!! AAAAIIIIIIIII!!!!! SEEEEEJJJUUUUUUKKKKK!!!" Masa tuh -4C. Tanpa berlengah, kami amik teksi menuju ke hotel kat downtown Chicago.
Tak jauh dari airport, about 40-45 mins. Lps ajew check in hotel, kami pun memenuhi tuntutan badan dan mata yg terrrraammmaaaatttt letih......Its T I D U R time.

12 Feb 2010,3AM(waktu Chicago)
Macam orang kena tembak,kami membuta. Sedar-sedar dah kul 3pagi,perut pulak dah nyanyi lagi rock apalagi, mencari makan lew pepagi buta tuh. Nasib baik lokasi hotel nih menarik, senang lew nak cari makan. Mc Donald kat sebelah hotel kami menjadi pilihan - menu confirm-confirm Fish O'Fillet. Dah kenyang,kami sambung semula membuta(penaaaatttt tuh!)

Layan ajew lew gambar-gambar kat bawah nih sebelum ditambah lg ngan aksi-aksi yg lebih menarik di Episod akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments