Kembara Lebaran - 28th Ramadhan

Bersua lagi...

Hari ke-2 di Madinah Ai Munawarah.
Seawal jam 3.30 pagi kami dah berkumpul di dewan makan hotel untuk bersahur. Juadahnya disediakan oleh pihak 'caterer' yang diuruskan oleh Pak Aseep(our agent). Dengan badan yang letih dan kepala yang mamai, sahur tetap bersahur. Selesai sahur solat subuh ditunaikan di Masjid Nabawi.

Masyaallah!! Cantiknya, terkedu seketika. Mata tidak berkelip meneliti setiap inci keindahan di dalam Masjid Nabawi. Ramainya umat Nabi Muhammad S.A.W yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa memenuhi ruang Nabawi ini.

Aktiviti kaum hawa pada sebelah pagi, menziarahi Al Rawdhah(kaum bapa xtvt rehat & jaga anak di hotel. Jaga anak ker tido???Kih!kih!kih!). Kaum Nisaa hanya dibenarkan menziarahi Al Rawdhah dari jam 8-10 pagi sahaja. Kesempatan ini tidak kami bazirkan. Bersama ribuaan AnNiasaa yang lain kami melangkah menuju ke Rawdhah. Alhamdulillah! Nawaitu kami ingin bersolat di hadapan Rawdhah tertunai. Kami tak sempat menziarahi makam nabi s.a.w dan para sahabat akibat dek adegan tolak-menolak di sekitar Al Rawdhah. Tapi tidak mengapa, esok masih ada buat kami.

Mengelilingi Masjid Nabawi menjadi xtvt kami,kaum hawa seterusnya. Luas sungguh tidak terkata, kaki jua lelah melangkah, namun puasa tiada tergugat.

Sementara menantikan xtvt seterusnya, kami pun apalagi meluruskan tulang belulang dan kaki yang lenguh di bilik beradu masing-masing. Selesai solat Jumaat, lebih kurang jam 2 ptg, kami mengatur langkah menuju ke Bukit Uhud, menziarah kubur para shuhada yang terkorban ketika Perang Uhud. Kemudian kami ke Kubu Khandak dan seterusnya ke Masjid Quba bersolat Asar sebelum pulang ke Masjid Nabawi untuk berbuka dan bermaghrib.

Menjelang ke Isya, orang mula berpusu-pusu memenuhi ruang Nabawi untuk mengerjakan terawih yang terakhir. Sayu pilu mendengar suara imam bila melagukan ayat-ayat lazim Al Quran menandakan Ramadhan telah berakhir.

Selesai berterawih, Editor sekeluarga meronda-ronda sekitar Masjid Nabawi mencuci mata mencari cenderamata & cenderahati jika ada yang mencuit hati untuk dijadikan kenangan nanti. Malam di sekitar Masjid Nabawi memang tak pernah sunyi dengan penjual dan pembeli. Ada saja xtvt di sana sini.

Malam makin menghampiri dinihari. Penjual, pembeli makin menyepi. Masing-masing kembali ke lubuk untuk bersahur buat terakhir kali sebelum menjelma Aidil Fitri.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Kembara Lebaran - 28th Ramadhan"

Post a Comment