JOURNEY TO MECCA - EPISODE V (Ziarah Mecca)

KHAMIS, 16 Julai 2009

Hari ni, pihak hotel telah mengaturkan rancangan ziarah sekitar Mekah buat kami. Selepas bersarapan, kami kehendaki berkumpul di lobby untuk menaiki bas(syoknyer lah hai. Barulah terasa jd mcm tourist. Ye dak?).

Jam 8.00 pg dgn diketuai oleh Ustaz Latif sbg Tourist Guidenya, kami semua berlepas ke destinasi pertama - Jabal Tsur. Di puncak Jabal Tsur terdapat sebuah gua dan di gua inilah Nabi Muhammad SAW bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi apabila baginda dikejar dan diancam bunuh oleh org kafir Quraisy. Editor tak sempatlah nak naik ke puncak tu sbb bas cuma berhenti 15 min jer. Nak panjat bukit tu makan masa 1 jam gak. Takpe lain kali bila dtg lagi, Editor akan pastikan yg Editor akan panjat hingga ke puncak. Insyaallah. Jadi kami bergambar ajelah di kaki bukit ni.

Dari Jabal Tsur kami menuju ke Padang Arafah. Hah! kat sini meriah. Bukanlah kat tengah-tengah Padang Arafah(kat tgh2 pdg tu tak ada apa. Pdg pasir ajew)tp di kaki Jabal Rahmah. Belum turun dari bas lagi, anak-anak sudah menjerit-jerit "Nak naik jamal! Nak naik jamal!(bkn Jamal Abdillah tau. Jamal tu unta). Mana taknya unta kat sini lain sikit. Dah berhias cantik. Sekali pandang macam beca berhias kat Bandahilir Melaka(kampung den tuu).

Dah! Menggaru kepala husband Editor. Editor pun tumpang sekaki gak, nak merasa naik unta. Bukan apa cuma nak tau macamana rasanya org-org zaman dulu(esp time Nabi kitalah)naik unta, mak oiii aiii...kematu punggung. Ingatkan dah habis naik unta dah ler. Tak ada lagi, nak naik buggy lah pulak.
Kata anak-anak " Yg tadi tu kenderaan pdg pasir org dulu. Yg ini plak kenderaan pdg pasir zaman moden."
Kena lagi ayah. Botaklah kepala ayah!(dah botak pun.dah bertahalul)
Selesai sessi menaiki kenderaan yg bermacam-macam tu, Editor sekeluarga tidak melepaskan peluang mendaki Jabal Rahmah(buleh ler panjat pasai tak tinggi manapun). Dari puncak Jabal Rahmah dapatlah Editor melemparkan pandangan ke Padang Arafah yg melaut luasnya. Di sinilah tempat jemaah haji berwukuf("D", bila pulak kita nak gi Haji yek?).

Dari Arafah, kami cuma menyusur ke Muzdalifah dan kemudian ke Mina(terasa mcm buat hajj lah pulak). Kami cuma melihat dr dlm bas ajew sbb tempat2 ni tidak dibuka pada bukan musim haji. Lagipun tengah under construction di beberapa tempat mcm tempat melontar jamrah, tengah buat tempat melontar 3 tingkat.

Tempat terakhir yg dituju, Jabal Nur(ini pun tak sempat panjat. Nak naik 1 jam. Lain kali yek!). Kami cuma memerhatikan puncak Jabal Nur dari dlm bas ajew. Disinilah buat pertama kalinya Nabi Muhammad SAW diajarkan membaca(Iqra') oleh Malaikat Jibrail. Di Gua Hira' inilah tempatnya baginda menerima wahyunya dan diangkat menjadi Rasul.

Setelah hampir 2jam setengah berziarah, bas yang dinaiki memacu ke hotel kediaman kami. On the way back, ditunjukkan juga makam Siti Khadijah dan Masjid Jin kepada kami. Itu aktiviti sebelah pagi. Sebelah petang dan malam, aktiviti bebas. Apalagi!! Aktiviti mencuci mata dan dompet di bazaar-bazaar yg ala-ala Pasar Payang Kuala Terengganu ler!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "JOURNEY TO MECCA - EPISODE V (Ziarah Mecca)"

Post a Comment