JOURNEY TO MECCA - EPISODE II ( Menuju Taif)

RABU, 15 Julai 2009

Seawal 6.30 pg kami semua bersarapan di bilik Fid & Gie (sbb bilik diorang berdepan & besar). Sarapan apa? Menunya sama ajer mcm mlm sebelumnya. Tak baik membazir! Cuma ditambah sandwich telur.

Selesai breakfast, checkout dan bermulalah perjalanan menuju ke Taif. Kali ni semuanya ada(tak ada 2nd group). Menuju ke Taif mengambil masa lebih kurang 6 jam jugak. Sepanjang perjalanan kami diuji merempuh ribut pasir. Walaupun taklah besar sgt tapi terhuyung-hayanglah jugak Seqouia Si Fid. Bayangkanlah kereta Editor yang cute mute ni bila mengharung ribut pasir, berdansa habis.

Perjalanan ke Taif ni, memang byk menguji kesabaran kami semua. Dalam mengharung ribut pasir, ada jugak kenkawan kita yg dpt yellow slip(surat saman speeding ler..) dr Pak Polisi. Di sini jugalah kami mula terpisah. Ada yg diserang sakit perut memulas-mulas dan memaksa berhenti berkali-kali menyebabkan ada yg tertinggal di belakang sekali. Editor sendiri tepisah terus dari kumpulan yg lain. Apalagi cuak & gubra ler. Namun dgn tenang & sabar, husband Editor meneruskan perjalanan dgn harapan dpt bertemu semula group yg terpisah. Akhirnya ketemu jua, Alhamdulillah. Tapi cuma kami 6 kereta sahaja. Fid, Gie dan Nor dlm kumpulan yg lain. Tina? Sdn bhd.

Perjalanan diteruskan menuju ke Miqat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "JOURNEY TO MECCA - EPISODE II ( Menuju Taif)"

Post a Comment