JOURNEY TO MECCA - EPISODE III ( Di Miqat Wadi Mehram)

RABU, 15 Julai 2009

Kami tetap meneruskan perjalanan menuju ke Miqat walaupun dah terpisah dgn kumpulan yg lain. Di Taif ni, byk Miqatnya untuk kita berihram. Editor dan 5 family yg lain menuju ke Miqat Wadi Mehram (tempat Miqat baru). Tempatnya cantik, di puncak bukit.

Sebaik tiba di Miqat, kami pun bersolat. Selesai solat, nak makan tapi tak nak yg heavy(lagipun kat sini tak ada yg heavy). Al maklumlah perut pun meragam. Takut pulak nanti dia buat hal masa nak buat ibadah umrah.

Jadi, kami pun cuma makan sandwich telur jer (dah itu jer yg dijual). Selesai sessi mengalas perut dan meluruskan tulang belulang, kami bersiap-siap pulak untuk berihram.

Walaupun tempat ni baru siap tapi pengguna yg singgah disini susah nak cakaplah. Sivic minded diorang tak sampai ke tahap org yg civilised(sorry! They still don't know how to used the toilet correctly even in the place such a beautiful like this). Bilalah mereka-mereka ini nak belajar tentang keperluan & kepentingan kebersihan & kesihatan? Wallahualam.Sungguh mengecewakan. Tapi tidak pulak di bahagian lelaki. My husband said,"It's clean and clear."

Bila sume org dah ready berihram dan berniat, perjalanan kami diteruskan menuju ke Tanah Haram. Sepanjang perjalanan menuruni bukit Taif ni, mulut kami sekeluarga tak henti-henti mengucap talbiah. Lebih mengharukan apabila melihat anak perempuan Editor, Aminah bersungguh-sungguh mengucapkannya....
"Labaikallahhumma labaik. Labaikala syarika laka labaik. Innal hamda wal nikmata laka walmulk. Laasyarikalah.."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "JOURNEY TO MECCA - EPISODE III ( Di Miqat Wadi Mehram)"

Post a Comment