JOURNEY TO MECCA - EPISODE IV ( The Momentous)

RABU, 15 Julai 2009

Memasukki sempadan Tanah Haram, kami ditemani oleh seorang rakan,Azman(rasanya lah. Kawan si-Roy kut)dari hotel kami menginap untuk menunjuk arah ke Hotel Muhajirin.

"So close yet so far", itulah yg terluah dr Editor. Terpisah lagi!!! Kali ni, ketika hendak melepasi terowong menuju ke Masjidil Haram. Hanya kereta Roy & Taufiq shj yg berjaya mengekori Tourist Guide 'Azman'. Manakala kami berempat diarahkan oleh polis utk memangkirkan kenderaan di tempat yg disediakan dan menaiki bas utk ke Masjidil Haram.
Mujurlah Tourist Guide tu dtg semula dan membawa kami ke hotel mengikut jalan alternatif.

Setibanya kami di depan hotel, parking pulak tidak disediakan. Kenalah pilot-pilot ni manoeuvering the car. Melangkah kaki ke lobby hotel, bermulalah adegan jejak kasih(dah jumpa semua kesepuluh family yg terpisah).

Selepas makan malam, lebih kurang jam 9.30 mlm, kami pun berjalan kaki(dekat jer)ke arah Masjidil Haram. Hanya Fid's family & Tina's family yg tak ada(depa dah jalan dulu. Tak sabar gamaknya nunggu kami yg lembab nie..). Perjalanan kami diketuai oleh Ustaz Latif(disediakan oleh pihak hotel).

Ucapan talbiah mengiringi kami sepanjang perjalanan. Suara adik(Amy)paling lantang mengucapkannya walaupun masih tdk mengerti apa-apa. Editor hanya tersenyum keharuan melihat keletah comel anak manja Wenk ni.

Kaki semakin hampir ke Masjidil Haram. Di ambang gerbangnya, kaki tangan Editor menjadi sejuk. Darah gemuruh menyelubungi tubuh(maklum sajelah 'first time').
Degupan jantung seolah terhenti, perasaan terharu, kaki terpaku, lidah terkelu, mata terpegun, diri tertegun melihat Kaabah berdiri utuh di situ.
Ya Allah!! Ajaib sungguh perasaanku bila berdiri menghadap rumahMu. Tidak tergambar perasaanku, tidak tercerita mulutku hanya bisikan mata menusuk ke jiwa diiringi linangan airmata gembira kesyukuran.Alhamdulillah!

Menuruni anak tangga Masjidil Haram menghampiri Baitullah, terasa kerdil sungguh diri ini. Bersama lautan manusia, Editor dan yg lainnya berjalan mengelilingi Kaabah. Langsai 7 pusingan kami bertawaf, bersolat sunat di Makam Ibrahim kami tunaikan. Singgah sebentar menikmati air zam-zam sebelum Saei kami mulakan.Cukup 7 ulangan antara Bukit Safa dan Marwah, usai sudahlah ibadah umrah. Hanya menunggu untuk bertahalul.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan tenang dan sempurna. Malah anak-anak sedikitpun tidak menampakkan keletihan. Bahkan ketika bersaei, adik turut berlari-lari anak apabila melihat ayah dan abangnya berlaku sedemikian.

Harapan yg ada moga Allah menerima ibadah kami. Amin...
Jam 1.30 pg kami sampai semula di hotel untuk merehatkan diri yang lelah. Esok akan bermula satu lagi episod yg bakal menjadi kenangan bg kami semua semasa di Mekah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "JOURNEY TO MECCA - EPISODE IV ( The Momentous)"

Post a Comment