Berakhir Sudah Kempen Jom Makan-Makan

Bersua Kembali.

"Kempen Jom Makan-Makan" telah berlangsung selama satu minggu di Water Tank Area bermula dari hari Khamis(2 Julai)di rumah Adleez hinggalah ke 9 Julai di rumah Gie Muslisham sebagai penutup.

Sebelum majlis penutup Kempen Makan-Makan di rumah Gie, satu Pesta BBQ tertutup telah diadakan di 'Taufiqwish Grill & Steakhouse'. Pesta ni hanya untuk warga Saad bin Muaz St. sahaja. Walaupun tertutup tetap happenning.

Malam Penutup Kempen Makan-Makan di rumah Gie pun tak kurang meriahnya. Malam tu kami dijamu dgn Nasi Arab, Roti Jala & Dalca, Gulai Nenas Ikan Masin, Spegetti Bolognise, Salad, pelbagai kek dan pastry. Sumenya sedap-sedap belaka.

Kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi menjayakan Kempen Jom Makan-Makan, pihak penganjur (sapa pulak yg jd penganjur)dengan berbesar hati mengucapkan tahniah & terima kasih daun keladi. Jika ada rezeki kita buat makan-makan lagi. (Alamak! N3 Editor kali macam Berita Terkini lah pulak) Layannnnn.....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Berakhir Sudah Kempen Jom Makan-Makan"

Post a Comment