RINTIHAN ANAK MERDEKA

31 Ogos, kau datang lagi
kali ini dengan wajah yang berbeza
tiada lagi semangat patriotik
di kalangan anak nusa
apakah ini satu petanda
bahawa tanahair tercinta
sedang menderita?

Menjangkau usia 52
tanahairku berlinangan air mata
melihat gelagat warganegara
yang tiada arah tuju hala
berbalah di sini sana
berebut kuasa tak tentu hala
apa dah jadi anak Malaysia?

Bangunlah wahai anak Malaysia
tidak mengira bangsa dan usia
janganlah lalai dan juga leka
jika ingin hidup aman bahagia

Marilah bersatu gembeling tenaga
membina tembok pengukuh negara
membenteras segala buruk gejala
agar Malaysia terus terpelihara

Kuseru semua warga Malaysia
walau di mana kamu berada
laungkanlah MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
dengan penuh pengertian dan makna
demi MALAYSIA tanah tercinta.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "RINTIHAN ANAK MERDEKA"

Post a Comment