JOE & LEEZA'S HOUSE WARMING PARTY

Kembali semula dengan cerita utama untuk bulan ini. Apalagi kalau bukan cerita pasal rakyat Malaysia Jubail dengan xtvt makan-makannya. Ini merupakan party house warming yang kedua untuk bulan ni selepas rumah Adam & Dillah tempoh hari.

Terima kasih kepada Joe & Leeza yang sudi menjemput Editor & family untuk menceriakan lagi(havoc lagi ada)suasana yang memang dah meriah tuh. Kalau minggu lepas di rumah Hasway & Norma, Editor dijamu dengan Nasi Minyak, semalam dirumah Leeza kami dijamu pulak dengan Nasi Hujan Panas beserta dengan gulai daging, paceri nenas, acar, paru goreng berlada dan ayam tandori. Amboi! Sedap-sedap belaka sampai ke hari ni dapat rasa lagi kelazatannya(kelassss gitu). Itu juadah yang disediakan oleh tuan rumah, buah tangan dari para jemputan tak cukup jari Editor nak kira, tersangatlah banyaknya dan tersangatlah sedapnya.

Seronok betul party semalam tuh. Bukan setakat GWT ajer yang dijemput tapi seantero Malaysian yg ada di Jubail nie(ahli berdaftar KRMJ ajer). Lama betul tak berjumpa dengan mereka-mereka ini sejak dari Party Satay KRMJ dulu.

Kepada tuan empunya rumah sekali lagi Editor ucapkan terima kasih banyak atas undangan kalian berdua dan Editor suka rumah kalian luas dan cantik. Malangnya Editor tak dapat nak merakamkan gambar untuk tatapan pembaca. Biasalah Editor nie, kalau pasal makan mesti lupa dah benda lain. Cameraman pun sama jugak maklumlah perut dah lapo tak leh nak tahan tuh yang lupa sokmo!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "JOE & LEEZA'S HOUSE WARMING PARTY"

Post a Comment