Dammam-Dhahran-Khobar-Dammam

Ini segmen commercial. Pasal apa commercial? Pasal n3 kali nie bukan citer pasal makan.

Al Kisah bermula selepas bersarapan di Al baitu Normah & Hasway, husband Editor ajak gi ronda-ronda. Ingatkan sekadar Dammam ajer tapi tengoklah 'tajuk' n3 di atas nuh! Jauh tak?

Ronda-ronda di Dammam, gi ke Al Murjan Island dan kawasan yg sewaktu dengannya (psst! kat sini byk wonderland n waterland bebudak.Nnt sok bila dah cukup sen,jom kite gheghamai gi sini nak?). Cantik! Malangnya, siang-siang buta ni cruise boat dia tak jalan, malam ajew. Hati masing-masing dah excited nak cruising. Hampeh kunyit tol!

Dah pusing-pusing dan posing-posing kat Murjan Island. Tekak rasa kering lah pulak. Singgah pulak kat Marina Mall pekena aiskrim. Kenapa kat Mall? Dalam Mall sejuk sikit. Alasan!! Sambil makan sambil cuci mata maa...Dah selesai makan dan pusing keliling kedai yg byk tak bukak lg pasal lum kul 4 ptg, Editor teringin nak gi pasar lambak Dammam. Hah!! Jgn salah faham bukan pasar lambak brg 2nd hand tuh! Tapi yg ni pasar lambak baju-baju, ala-ala Pasar Payang Terengganu tak pun macam Kampung Jawa Melaka. Pusing punya pusing tak jugak jumpa-jumpa. Memanglah bukan kaki shopping! Tempat macam tuh pun dok leh carik.

Emm...Maleh Acik nak layan!! "Jom gi Dahran."ajak my husband. Wah! menarik nih! Ingatkan nak gi Dahran Mall tapi tidak. Nak tau pi mana? Nah! tu dia pi cari Harley Davidson. Apalagi, bukan main seronok ler bebudak ni. Giler motor cam bapak dia jugak. Buat hapa nak gi sini? Bukannya leh amik motorbike tuh bawak balik?
"Motorbikenyer nanti dulu. Sok, kalu ada rezeki, nak balik Mesia baru muleh amik."
"Dah tu, masuk sini buat hapa?"
"Cuci mata ler. Takkan org pompuan jer nak cuci mata. Sekali-sekala bagi canlah org lelaki pulak. Nengok motor jew bukan nengok minah arab pun. He! He! He!"
"Emm...Layann ler."

Habis citer my husband & the Harley. What's for dinner? Mana lagi? MK ler. Sampai kat MK jumpa pulak NeezaShahril & family dan TinaSufian & family. C'kinTaufiq & family baru jer kuar dr MK(tak jumpalah). Macam biasa bila part makan ajew, Editor lupa nak hamik gambor.

Ingatkan bila dah selesai makan, balik ler. Takkk!!! Kami tak puas hati tak jumpa pasar lambak tuh. Apalagi, gi semulalah!!! Hah! kali ni jumpa. Mana taknye perut dah kenyang ye dak. Kalu tengah kosong, benda besor depan bijik mata pun dok jumpa. He! He! He! Boleh tahan gak harga dia. Albaya yg kain mahal dan design cantik-cantik pun baru SAR 75(tp tak beli pun. saje nak tau tempat kat mana).
Dah beli baju basahan bebudak nie selai dua, kami pun baliklah. Udah lew letih amat dah nie....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Dammam-Dhahran-Khobar-Dammam"

Post a Comment