Tarout Island - Qateef





Aktiviti meredah disambung lagi. Kali ni ke Tarout Island - Qateef (Tarout ni pulau kecil yg disambungkan dgn jambatan dr tnh besar). Tempatnya tak jauh dari Jubail City ni, lebih kurang 30-45 minit jer. Editor sekeluarga bertolak seawal 5.30 pg (maklumlah hari Jumaat, nak balik awal. Nak ke masjid).

Bandar Qateef ni bersih dan agak tersusun kalau nak dibandingkan dgn Jubail (tp byk kedai lom bukak lg - pepagi buta ni siapa nak meniaga ye tak?).

Tempat pertama yg kami tuju ialah Tarout Port. Bangunannya sekali pandang macam sand castle. Ala-ala A Famosa kat Melaka pun ye jugak. Tapi sayangnya kami tak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tu(berpagar siap berantai bermanggaa lagii..). Kalau tak, boleh jugak ambil gambar dari bahagian atas istana pasir tu.

Dah habis pusing keliling Castle tu, kami cuba meredah pulak ke persisiran pantainya. Cantik dan bersih. Nak dijadikan cerita, sedang sibuk Editor ambik gambar bot-bot yang tersadai, burung-burung bangau yang singgah kat pantai tuu, husband Editor kena panggil dan disoal siasat pulak oleh anggota polis (org Arab ler..siapa lg!). Macam-macam yang ditanya, nak tengok iqamahlah, nak tengok lesenlah pas kerja pun nak tengok(apalah punya "cerdik", mana ada org bawak pas kerja bila gi melancong?. Hish!Hish!Hish!). Dah di bagi ID, dia confius lah pulak - "Eik! Pasal apa dlm iqamah ni tak pakai spec? Kepala pulak gonjeng?" Kenalah husband Editor tu explain satu per satu, man-man(slowly), pasal apa? Pasal tak reti English(biasalah penyakit org Arab).
Nak tau kenapa kami kena soal siasat? Sebab kawasan polis. Habis semua gambar yg Editor ambik di delete kan nya. Tp Editor tak peduli, bila melepasi pondok buruk polis tu, ambik jugak gambar kat situ (tak byklah. Cuak jugak kalau kena tangkap. Tak pasal-pasal duduk lokap satu family. Hah! baru padan muka aku).

Disebabkan pulau ni kecik jer, kami cuma spent 1 jam pusing-pusing. Lebih kurang macam Pulau Pangkor kitalah. Kat sini pun ada tower jugak macam kat Malaysia (Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar dll) tp tower kat Arab ni semuanya water tank(alah macam water tank kat area rumah Editor tuuu...)and itupun dijadikan tempat tourist attraction.

Habis melancong, driver pun melencong cari kedai makan untuk memaniskan muka-muka yang dah memoncong dek pasal perut yang berkeroncong(ehh!berapa byk cong daa..). Jadi kami pun singgahlah di kedai Paskitani yg terletak di highway Jubail-Dammam, pekena teh dan roti tempayan/nan. Nyum..nyum..nyum...Sekarang muka dah tak masam.

Sementara menunggu husband Editor gi "kautim" dgn tauke kedai, Editor pun pergilah ke kereta. Ada satu Mamat Arab nak masuk mini market sebelah restoran ni, berhenti tengok Editor buat apa. Dengan selambanyer Editor pun, bukak pintu kereta, masuk dalam kereta dan startlah enjin kereta tak pedulikan pun Mamat Arab ni. Dia pandang Editor macam pelik dan konfius. Kenapa yek? Lepas tuu, baru Editor terpikir yang Editor ni pompuan, pompuan mana buleh bawak kereta kat Arab nih... Laa..Terlintas jugak kat kepala batu Editor ni nak buat dajal. Nak tengok apa jadi kat Mamat Arab tuh kalau Editor yg drive tapi tak buatler. Karang tak pasal-pasal husband kena melawat Editor kat lokap lah pulak.

Gitu ler ceritanya. "Ranjau Sepanjang Jalan"(pinjam tajuk novel Dato' Usman Awang. Eh! ye ker?).
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Tarout Island - Qateef"

Post a Comment