HARI INI DALAM SEJARAH

Salam dari Jubail.

Hari ini dalam sejarah. Untuk pertama kalinya aku mempunyai blog sendiri. Itupun selepas didesak oleh kengkawan dan family. Sebenarnya aku ni dah lama tak menulis, tak tahulah skill tu masih ada lagi ke tidak.

Jadi untuk berita pertama dari Editor kali ini, perjalanan aku meredah ke Hofuf. Selepas membaca blog dari teman blog aku yg pernah menjejakkan kaki ke Hofuf, hati aku terpanggil untuk melihat sendiri keindahan semulajadi yg ada kat sana. Jadi, aku sekeluarga juga Tawfiqwish sekeluaga(jiran bawah rumah aku ler..)pun berangkat ke sana seawal jam 5.30 pg. Jgn terkezut, kat sini kul 5.30 pg tu mcm 8.30 pg kat M'sia.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tempat pertama yang dituju ialah Gua Al Qarah yang terletak di Jabal Al Qarah. Berpusing-pusing jugaklah mencari tempatnya. Al maklumlah tak ada GPS nak guide. So, bila meredah je ni lah jadinya. Asyik berhenti dan tanya, berhenti dan tanya. Yang jadi lagi pusing-pusing, semua yang ditanya tu "mahfi english"(tak reti cakap english daa..). Alhamdullillah, akhirnya sampai juga tempat yang nak dituju dengan pertolongan sorang India yang dah lama bertapak kat situ kut.

Lepas pusing-pusing dan berposing dalam gua tu, kami semua cari tempat untuk bersarapan(bawa bekal sendiri-ala-ala picniclah gitu..). Lepas bersantap, hajat hati nak gi Al Hasa National Park tapi nasib tak menyebelahi kami. Tutup pulak park tu untuk kerja-kerja membaikpulih. Nak gi Al Hasa Zoo, tapi tengok dari jauh macam tak adventure lah pulak. Jadi, hari dah makin meninggi dan panas terik, perut pun dah kenyang, mata pun dah kuyu, apalagi, baliklah!

Sebenarnya ada banyak lagi tempat dan bangunan yang menarik kat Hofuf ni, cuma aku tak habih google lagi. Insyaallah, kalau ada masa dan keizinan aku akan jejakkan kaki sekali lagi di Hofuf ni. Layanlah gambar-gambar yang sempat aku ambik sepanjang di Al Qarah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

1 Response to "HARI INI DALAM SEJARAH"

  1. nya myra says:
    July 1, 2009 at 4:44 AM

    cam menarik gak hofuf nih, next time puan editor nk gi kami nk ikut gak, hehee..

Post a Comment