Indianapolis, Indiana




Indianapolis, Capital City for Indiana. Perjalanan dari Evansville memakan masa lebih kurang 4 jam. Macam dari Jubail nak ke Riyadh atau dari Kuantan nak ke Melaka. On the way nak ke Indianapolis, sempat jugak Editor singgah di Edinburgh. Tapi tak lew masuk ke bandar Edinburgh, cuma ke Factory Outlet, nak memenuhi permintaan kengkawan yg memesan dan nak memenuhkan beg(hihihihi...mcm byk sgt membeli nyer).

Selesai di Edinburgh, misi diteruskan. Emmmmm....cantik bandar Indianapolis dan bersih. Tempat pertama yg dilawati Civil War Memorial sebab yg ini paling dekat dengan tempat kitaorang parking. Lokasinya di tengah-tengah Circle Center(mcm tugu tgh2 roundabout)dan tempat-tempat menarik macam State House, Court House, World War Memorial, Vietnam War Memorial, Old Cathederal dan Union Station semuanyer berhampiran(jln kaki ajew).

Depa nih banyak War Memorial, maklum lew suka berperang. Satu lagi kat US nih banyak Muzium. Macam-macam muzium ada tapi yg kami sempat pi jengah Eiteljorg Museum dan Indiana State Museum. Satu lagi yg menjadi kebanggaan depa ialah Stadium. Di Indianapolis nih, Lucas Oil Stadium, home ground bg Colts menjadi pujaan.

Last but not least, akhirnya dapat jugak lew anak-anak Editor masuk ke World Largest Children Museum. Suka nyer bukan kepalang lagi, maklum ajew lew masuk tempat bebudak dah tuh yg paling besar di dunia plak tuh. Satu-satunya muzium di dunia nih yg mempamerkan tulang dinasour yg betul dan kita boleh pegang. Seronok betul bebudak nih dapat buat dan explore mcm-mcm kat sini. Memang rezeki bebudak nih, hari tuh entrance tak payah bayar pasal 'Target'(store mcm Carrefour)buat kerja-kerja amal -"Family Free Night". Kalu tak mau jugak terbang dalam $USD50.

Cukup setakat nih dulu,nanti Editor sambung lagi dengan cerita baru di tempat yg lain plak..TTFN...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Indianapolis, Indiana"

Post a Comment