Evansville, Indiana

Ketemu lagi...harap-harap pembaca tak boring menelek blog nih sebab cerita nyer masih lagi berkisar tentang senario Editor n family di negara Uncle Sam. Album kali nih sekitar bandar Evansville, Indiana jew.

Jom! Kita tinjau apa yg ada di sini. Tempat pertama yg kami singgah ialah Muzium Kapal Perang LST 325. Kapal ni digunakan masa Perang Dunia ke 2 dulu. Selepas 35 tahun terperuk di Greece, akhirnya kapal nih pulang semula ke pangkuan tanahairnyer dan dikemudikan oleh Kapten dan anak-anak kapal yg asal(bayangkan dah tua2 belaka tuh tp masih mampu bawak kapal nih balik dari Greece. Caya lah!!!). Luas jugak kapal nih,seluas padang football. Besar kan? LST 325 nih gunanya untuk mengakut kereta-kereta kebal dan bala tenteranya(eh! Cukup lew tuh...boring org nak dengor).

Dari Muzium Kapal,kami ke Muzium Keretapi(muzium lagi!!!!brp byk muzium ko nak masuk???). Emtrac nih,pengangkutan yg paling tua dan paling popular di kalangan warga Uncle Sam. Malah hingga ke hari ini Emtrac merupakan public transport yg disukai ramai.Huhuhuhu....

Lepas tuh, pergi mana yek? Laaa....lupa lew plak..Ohhh!!!! kami pi melawat War monument, Tugu Peringatan(tiru Tugu Negara kita lew tuh!),Court House yang klasik, Rumah Sheriff & jail(Jail tuh rumah sheriff.Jadi siapa sebenar nyer yg jahat???? Hahahaa...cuba teka???)

Ada sesiapa pernah tengok filem "The League Of Their Own",lakonan Tom Hanks,Madonna, Gena Davis tak? Kalu tak pernah, lepas nih gi cari vcd dan tonton(kalu ada lagi lew di pasaran...)sebab cerita nih difilemkan di Padang Bosse(pdg baseball yg terulung dan dibuka pada 1915)yg Editor dan hubby sempat singgah.

Huh! Sebenarnyer ada lagi yg menarik di Evansville nih. Kalu nak melawat semua tempat dalam masa 1 hari,memang tak cukup. Itu belum kira tempat menyopping. Ups!!! Part yg nih tak leh cerita banyak-banyak, nanti ada yg sakit jantung, sakit mata, sakit hati dan..dan..dan..ada yg sakit poket..hehehehe...
Apa-apa ajew lew.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Evansville, Indiana"

Post a Comment