Touchdown O'Hare

Salam semua. Jumpa lagi diruangan yg tanpa wajah dan suara. Kali ini Editor bersiaran langsung dari nun jauh di mata tapi dekat di hati(eh! yer ker? atau cuma Editor yg perasan sendiri? hehehe..). Tapi disebabkan terdapat beberapa masalah yg tidak dapat dielakkan, siaran langsung nih dah jadi siaran tertunda beberapa hari(wokey lew tuh,drpd tak de citer ye dok?)

Catatan bermula dari:

10 Feb 2010,11PM(waktu Jubail)
Selepas menikmati makan malam di rumah Ckin n Taufiq(terima kasih atas jemputan tersebut)pada malam tuh Editor sekeluarga bersiap-siap untuk meninggalkan Jubail menuju ke Chicago. Kami ke King Fahd Airport di hantar oleh Din Kayan (terima kasih Che Din. Nnt kami balik jgn lupa jemput yek? hihihi..). Sampai di airport lebih kurang jam 12tghmlm. Kami melepak sampai subuh kat airport tuh coz flight kul 4pagi.

11 Feb 2010,7.15AM(waktu Abu Dhabi)
Lebih kurang jam 7.15pg (waktu tempatan)kami mendarat di Abu Dhabi untuk transit selama hampir 3jam(berapa lama daa). Mata nih masa tuh tok sah cakap lew berpasir, berpinau-pinau memandang. Mengantuk yg amat-amat. Jam 10.40 pg waktu tempatan kami berlepas menuju ke Chicago.

11 Feb 2010,4PM(waktu Chicago)
"YEEEEHAAAAAHHHHHH!!!!!! TOUCHDOWN!" Finally,kaki nih jejak jugak ke bumi selepas lebih kurang 14 jam terawang-awang di angkasa raya. Alhamdulillah, segala urusan imigresen dan kastam dipermudahkan olehNYA. Tak ada masalah langsung.
"MAAAAAAKKKKKK!!! AAAAIIIIIIIII!!!!! SEEEEEJJJUUUUUUKKKKK!!!" Masa tuh -4C. Tanpa berlengah, kami amik teksi menuju ke hotel kat downtown Chicago.
Tak jauh dari airport, about 40-45 mins. Lps ajew check in hotel, kami pun memenuhi tuntutan badan dan mata yg terrrraammmaaaatttt letih......Its T I D U R time.

12 Feb 2010,3AM(waktu Chicago)
Macam orang kena tembak,kami membuta. Sedar-sedar dah kul 3pagi,perut pulak dah nyanyi lagi rock apalagi, mencari makan lew pepagi buta tuh. Nasib baik lokasi hotel nih menarik, senang lew nak cari makan. Mc Donald kat sebelah hotel kami menjadi pilihan - menu confirm-confirm Fish O'Fillet. Dah kenyang,kami sambung semula membuta(penaaaatttt tuh!)

Layan ajew lew gambar-gambar kat bawah nih sebelum ditambah lg ngan aksi-aksi yg lebih menarik di Episod akan datang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Touchdown O'Hare"

Post a Comment