Merewang di Chicago Metropolitan

Seperti yang dijanji, ketemu lagi kita di Episod yg lebih menarik(hahaha...perasan). Macam tajuknyer, aktiviti kami pada keesokan harinya, meronda-ronda di sekitar bandar Chicago.

12 Feb 2010,8AM
Pagi tuh selepas simple breakfast(toast,omelette,hashbrown n hot chocolate),kami berjalan kaki menuju ke Navy Pier. Macam-macam ada, ada muzium kanak-kanak,muzium seni kaca, panggung wayang, taman botani, gerai cenderamata etc. etc. etc. Hajat di hati nak naik Water Taxi, cruise along the river sampai ke Michigan Lake tapi tak kesampaian coz sungai dan tasik beku. Jadi tak bergerak lew sepanjang musim sejuk nih(kena datang semula nih, masa summer.huhuhu...).

Dah habis pusing-pusing sekitar Navy Pier, kami berjalan menuju ke Alder Planetarium, Shed Aquarium, Soldier Field(boleh tahan jauh jugak tp tak terasa sebab sejuk. Cuba kalu musim panas mcm kat Jubail, mau kering air Tasik Michigan tuh kami minum.hehehe...). Tak semua tempat kami masuk sebab entrance fee nye buleh tahan mahal. Dari Soldier Field, kami ke McCormick Place. Ingatkan nak naik train balik ke hotel tapi service ke downtown hari tuh tak ada so naik taxi lew kami.

Setiba di hotel, kerja lain tak ada kecuali membuta. Malam tuh pulak kami pusing-pusing sekitar shopping mall yang berhampiran dengan hotel. Huhuhu...macam-macam ada, duit jew yang ciput kalau tidak mau gak shopping sakan. Depa nih tengah sale Valentine Day(ada sesiapa nak kirim...beli bunga ros buleh lew!wakakaka...). Tempat yg menjadi pilihan setiap kali kami melencong tak lain tak bukan "Hard Rock Cafe". Ada lew 1 2 barang yg kami rembat. Dah penat kaki berjalan n cuci mata, it is time for us to buat taik mata. Hehehehe...

13 Feb 2010,8AM
Selepas sarapan pagi n check out, kami sempat lagi singgah di Water Tower n Civic Opera House sebelum berangkat menuju ke Mt. Vernon, Evansville, Indiana. Kali nih kami tak lew jalan kaki tapi sewa kereta. Kalau jalan kaki alamatnya sampai tercabut pun kaki, tak sampai-sampai jugak lew.

Cerekarama berhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan. Bagi peminat setia siri ini, jgn lupa kesinambungannya.hehehehe....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Merewang di Chicago Metropolitan"

Post a Comment