Green Bay, Wisconsin

Tiba sudah penghujung episod jalan-jalan di USA. Kunjungan terakhir kami di Lambeau Field, Green Bay (masih lagi dalam jajahan Wisconsin). Di sinilah sejarah GreenBay Packers bermula dan di sini jugalah lahirnya pemain-pemain American Football yang gah dan ulung terutama ketika bersama Ketua Jurulatih Lagenda, Vince Lombardi. Bagi peminat-peminat NFL, nama-nama ini dan sejarahnya sudah pasti telah diketahui.

Tak banyak tempat yang menarik di Green Bay. Ia terkenal kerana pasukan American Footballnya yang gah suatu ketika dulu. Namun dalam tak banyak tempat yang menariknya, sempat juga kami menghabiskan masa merewang sekitar Ashwaubomay River Park dan Green Bay Beach Park. Terpencil tapi tetap menarik.

Percutian kami berakhir di sini. Esok(3 April) berangkatlah kami ke Jubail, tanah tempat kami mencari rezeki. Percutian yang sungguh bermakna dalam hidup kami. Pastinya kenangan ini sentiasa terpahat di minda dan tersemat di hati. Perasaan bercampur-baur untuk meninggalkan tempat yang menjadi naungan biarpun hanya untuk sebulan setengah. Kalau boleh mahu ajew rasanya menetap terus di sini(hihihihi...ada peluang ker????). Rezeki di tangan Tuhan, tak siapa tahu tuah mendatang!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Milwaukee, Wisconsin

Hati menjadi begitu sebak untuk meninggalkan Mt. Vernon, Indiana. Namun hati ini juga sangat teruja untuk melewati Bandar Milwaukee, Wisconsin.

WELCOME TO HARLEY DAVIDSON CITY!!!!

Kalau nak tahu, kilang motor berkuasa tinggi "Harley Davidson" berada di sini. Bandar nih terletak di utara bandar Chicago. Dari Chicago lebih kurang dalam 2 jam. Ketika sampai di sini,cuaca cerah tapi angin yang meniup masih mampu menusuk hingga ke tulang sum-sum....seeeeejjjjjuuuuukkkkkk!!!!!

Kesempatan yang ada di hari-hari terakhir Editor dan keluarga di USA nih, kami meneroka bandar Harley Davidson dan homeground bagi BUCKS dan BREWERS. Bagi yang meminati sukan basketball dan baseball, nama-nama nih tidak perlu diperkenalkan lagi.

Menarik tentang Milwaukee nih, bandarnya bersih, teratur dan tenang(tak lew sibuk macam di Chicago ataupun New York). Dalam perjalanan kami menuju ke hotel, tak sangka pulak jumpa Pisa Tower kat Milwaukee nih(replika ajew rupanyer...).

Tumpuan utama kami anak-beranak kesini ialah ke Harley Davidson Factory. Malangnya hari tuh tak ada factory tour(huhuhuhhu....malang nasib pak kaduk!!!). Jadi bila kilangnya ditutup kepada public, kami terjah pulak ke Muzium Harley Davidson yang terletak ditengah-tengah bandar Milwaukee(kalu dah kaki motor...ini lew jadinyer!).
Dah puas mencuci mata menengok motor(nengok ajew lew...belinyer idak. Al maklum ajew lew....), kami merewang downtown Milwaukee. Antara tempat yang kami sempat singgah Art Gallery & Museum, Miller Brewins Co. Pavillion, Milwaukee Center, Old Cathederal, The PABST Theater, Pere Marquette Park, Public Museum, Courthouse and Municipal dan The State Center.

Kami juga tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan di sepanjang "Riverwalk". Sepanjang perjalanan nih terdapat deretan kedai-kedai, restoran-restoran(western,thai,chinese,middle east cuisine and of course their fast food) dan bazaar-bazaar. Sempat juga lew menyinggah salah satu kedai yang menjual cheese. Macam-macam rupa, bentuk, warna dan rasa cheese yang dijual di sini. Milwaukee selain terkenal dengan motor Harleynya, terkenal juga dengan kejunya....Nyum!Nyum! Sekitar bazaarnya pun begitu ...bersih lagi dan macam-macam ada! Untuk santapan tengahari, kami singgah di Royal Thai Restoran(seeeeddddaaapppp!!!).

Kami tak lupa juga menyinggah di Bradley Center-homeground bagi team BUCKS(basketball) dan Miller Park-homeground bagi team BREWERS(baseball). Sudah menjadi kebiasaan rakyat di sini, setiap pasukan negeri menjadi kebanggaan mereka walaupun pasukannya tidak sehebat mana. Semangat beginilah menyebabkan setiap pertandingan sentiasa mendapat sambutan dan memenuhi segenap ruang stadium.
Seharian di bandar Milwaukee ini mampu untuk menilai akan keindahan dan keunikan bandar popular Wisconsin ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments