Green Bay, Wisconsin

Tiba sudah penghujung episod jalan-jalan di USA. Kunjungan terakhir kami di Lambeau Field, Green Bay (masih lagi dalam jajahan Wisconsin). Di sinilah sejarah GreenBay Packers bermula dan di sini jugalah lahirnya pemain-pemain American Football yang gah dan ulung terutama ketika bersama Ketua Jurulatih Lagenda, Vince Lombardi. Bagi peminat-peminat NFL, nama-nama ini dan sejarahnya sudah pasti telah diketahui.

Tak banyak tempat yang menarik di Green Bay. Ia terkenal kerana pasukan American Footballnya yang gah suatu ketika dulu. Namun dalam tak banyak tempat yang menariknya, sempat juga kami menghabiskan masa merewang sekitar Ashwaubomay River Park dan Green Bay Beach Park. Terpencil tapi tetap menarik.

Percutian kami berakhir di sini. Esok(3 April) berangkatlah kami ke Jubail, tanah tempat kami mencari rezeki. Percutian yang sungguh bermakna dalam hidup kami. Pastinya kenangan ini sentiasa terpahat di minda dan tersemat di hati. Perasaan bercampur-baur untuk meninggalkan tempat yang menjadi naungan biarpun hanya untuk sebulan setengah. Kalau boleh mahu ajew rasanya menetap terus di sini(hihihihi...ada peluang ker????). Rezeki di tangan Tuhan, tak siapa tahu tuah mendatang!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Green Bay, Wisconsin"

Post a Comment