Rumah Terbuka - D'Day

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Date 8 Oct menjadi pilihan kami mengadakan Roof Top Party. Majlis bermula selepas Asar dan berakhirnya menjelang subuh(hish! tak lew sampai gitu. sampai jam 1.00 pagi ajew).

Tak dapat nak digambarkan betapa besarnya hati kami melihat para sahabat sudi menceriakan majlis ini. Editor bagi pihak seluruh warga Geng Westwind mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka kami.

Kemesraan dan kegembiraan jelas terbayang di setiap wajah anak Malaysia di perantauan. Biarpun jauh dari kampung halaman,namun budaya kunjung mengunjungi tetap diamalkan lebih-lebih lagi di Hari Raya tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Itulah uniknya jiwa rakyat Malaysia.

Di kesempatan ini juga Editor sekeluarga ingin menyampaikan rasa terharu yang tidak terhingga kepada Geng Westwind yang sudah seperti adik-beradik yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan di perantauan.

Apa lagi yang dapat Editor coretkan. Segalanya jelas terpancar dari rakaman lensa ini. Jadi layan ajew lew...
Sekali lagi Editor dan keluarga juga Geng Westwind yang lain menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf yang mana terlebih terkurang di sana sini.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

0 Response to "Rumah Terbuka - D'Day"

Post a Comment