Green Bay, Wisconsin

Tiba sudah penghujung episod jalan-jalan di USA. Kunjungan terakhir kami di Lambeau Field, Green Bay (masih lagi dalam jajahan Wisconsin). Di sinilah sejarah GreenBay Packers bermula dan di sini jugalah lahirnya pemain-pemain American Football yang gah dan ulung terutama ketika bersama Ketua Jurulatih Lagenda, Vince Lombardi. Bagi peminat-peminat NFL, nama-nama ini dan sejarahnya sudah pasti telah diketahui.

Tak banyak tempat yang menarik di Green Bay. Ia terkenal kerana pasukan American Footballnya yang gah suatu ketika dulu. Namun dalam tak banyak tempat yang menariknya, sempat juga kami menghabiskan masa merewang sekitar Ashwaubomay River Park dan Green Bay Beach Park. Terpencil tapi tetap menarik.

Percutian kami berakhir di sini. Esok(3 April) berangkatlah kami ke Jubail, tanah tempat kami mencari rezeki. Percutian yang sungguh bermakna dalam hidup kami. Pastinya kenangan ini sentiasa terpahat di minda dan tersemat di hati. Perasaan bercampur-baur untuk meninggalkan tempat yang menjadi naungan biarpun hanya untuk sebulan setengah. Kalau boleh mahu ajew rasanya menetap terus di sini(hihihihi...ada peluang ker????). Rezeki di tangan Tuhan, tak siapa tahu tuah mendatang!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Milwaukee, Wisconsin

Hati menjadi begitu sebak untuk meninggalkan Mt. Vernon, Indiana. Namun hati ini juga sangat teruja untuk melewati Bandar Milwaukee, Wisconsin.

WELCOME TO HARLEY DAVIDSON CITY!!!!

Kalau nak tahu, kilang motor berkuasa tinggi "Harley Davidson" berada di sini. Bandar nih terletak di utara bandar Chicago. Dari Chicago lebih kurang dalam 2 jam. Ketika sampai di sini,cuaca cerah tapi angin yang meniup masih mampu menusuk hingga ke tulang sum-sum....seeeeejjjjjuuuuukkkkkk!!!!!

Kesempatan yang ada di hari-hari terakhir Editor dan keluarga di USA nih, kami meneroka bandar Harley Davidson dan homeground bagi BUCKS dan BREWERS. Bagi yang meminati sukan basketball dan baseball, nama-nama nih tidak perlu diperkenalkan lagi.

Menarik tentang Milwaukee nih, bandarnya bersih, teratur dan tenang(tak lew sibuk macam di Chicago ataupun New York). Dalam perjalanan kami menuju ke hotel, tak sangka pulak jumpa Pisa Tower kat Milwaukee nih(replika ajew rupanyer...).

Tumpuan utama kami anak-beranak kesini ialah ke Harley Davidson Factory. Malangnya hari tuh tak ada factory tour(huhuhuhhu....malang nasib pak kaduk!!!). Jadi bila kilangnya ditutup kepada public, kami terjah pulak ke Muzium Harley Davidson yang terletak ditengah-tengah bandar Milwaukee(kalu dah kaki motor...ini lew jadinyer!).
Dah puas mencuci mata menengok motor(nengok ajew lew...belinyer idak. Al maklum ajew lew....), kami merewang downtown Milwaukee. Antara tempat yang kami sempat singgah Art Gallery & Museum, Miller Brewins Co. Pavillion, Milwaukee Center, Old Cathederal, The PABST Theater, Pere Marquette Park, Public Museum, Courthouse and Municipal dan The State Center.

Kami juga tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan di sepanjang "Riverwalk". Sepanjang perjalanan nih terdapat deretan kedai-kedai, restoran-restoran(western,thai,chinese,middle east cuisine and of course their fast food) dan bazaar-bazaar. Sempat juga lew menyinggah salah satu kedai yang menjual cheese. Macam-macam rupa, bentuk, warna dan rasa cheese yang dijual di sini. Milwaukee selain terkenal dengan motor Harleynya, terkenal juga dengan kejunya....Nyum!Nyum! Sekitar bazaarnya pun begitu ...bersih lagi dan macam-macam ada! Untuk santapan tengahari, kami singgah di Royal Thai Restoran(seeeeddddaaapppp!!!).

Kami tak lupa juga menyinggah di Bradley Center-homeground bagi team BUCKS(basketball) dan Miller Park-homeground bagi team BREWERS(baseball). Sudah menjadi kebiasaan rakyat di sini, setiap pasukan negeri menjadi kebanggaan mereka walaupun pasukannya tidak sehebat mana. Semangat beginilah menyebabkan setiap pertandingan sentiasa mendapat sambutan dan memenuhi segenap ruang stadium.
Seharian di bandar Milwaukee ini mampu untuk menilai akan keindahan dan keunikan bandar popular Wisconsin ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Shawnee National Forest, Illinois



Maaf lama tak bersiaran. Buzy sikit lately nih. Sekarang dah free, buley lew kita sambung citer pasal cuti-cuti Indiana yg makin sampai ke penghujungnyer tapi lum habis lg..hihihihi...

Kali ini cerita nyer sekitar Shawnee National Park atau lebih dikenali sebagai Garden of The Gods di Illinois. Kawasan ni ala-ala Flagstaff, Arizona(pada yg dah sampai lew kat sana), bezanya di Arizona tuh, bukit-bukit batunya di tengah-tengah kawasan lapang tapi yg ini di celah-celah hutan. Apapun masing-masing ada keunikannya tersendiri.

Musim begini(penghujung winter/awal spring) ramai yg suka bercamping di National Park nih, tak kurang juga yg berhiking, berkuda dan beriadah. Cukup meriah! Kawasan hutannya masih belum ternoda dan masih kekal kecantikkanya walaupun usia batu-batan dan hutannya sudah beribu tahun (kalu orang dah berkerepot dah nih!).Makin di mamah usia makin cantik struktur batuannya dan membentuk cerun-cerun yg curam(dah macam ahli geologi lew plak). Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar di atas nun. Amik gambar kat hujung-hujung batu yg cerun tuh gayat gak. Tapi pasal nak gak amik gambar dari view nyer yg mengkagumkan, perasan gayat nih disembunyikan(hehehe...control macho).Cantik kan???
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Mike's Home Visit

I still remember the smell of the wood, the moment I stepped inside this little cottage house. What a scent! Warm, cosy and filled with personal touch at every inch of the corner in this house. LIVELY!! Belongs to a couple, Mike & Pamela. I still hear in my ear the country music played by Mike upon our arrival. A speechless welcome! Mike was my husband's colleague in Sabic IP in Mt Vernon. We managed to fulfilled his invitation.

We spend about half a day with them. Mike & Pam showed us around their 85 acres land with spectacular view from different angle. Incredible and indescribable. We played archery and my kids have such fun on that rainy day. It were their first experience having fun in the woods.

A very special thanks to this very special couple for their hospitality and not to forget the lunch that they served us on that afternoon. It was marvelous and delicious too. I hope one day we'll be come back and visit two of you again. How could I ever forget this precious moment with you guys! Once again thank you for this unforgettable sweet memories.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

New Harmony, Indiana

Percutian yg hanya tinggal seminggu tidak kami sia-siakan(sob!sob!sob! sedey beb..). Kesempatan waktu yg ada kami ke New Harmony, antara kawasan perkampungan awal yg penduduknya tak sampai 1000 pun. New Harmony merupakan perkampungan awal bg org-org Jerman yg berhijrah ke US dalam tahun-tahun 1890-an sebelum New Harmony nih dijual kepada Pedagang Scotland.

Bangunan-bangunan dan rumah-rumah disini masih mengekalkan unsur-unsur tradisi. Community House yg dulunya berfungsi sebagai balairaya, sekarang nih dah jadi Opera House, Panggung wayang, sekolah dan muzium peninggalan sejarah. Setiap satu ada keunikannya. Satu lagi senibina yg unik di sini ialah Roofless Church(dulu church skrg nih dah jd tmn). Hanya Atheneum saje yg mempunyai bentuk senibina yg moden di historical village nih.

Setiap pelusuk historical village nih diperindahkan dengan taman-taman. Antara yg sempat kami singgah Carol Garden, Murphy Park dan Labyrinth Sacred Garden(taman yg ada maze/pagar sesat). Kawasan yg peaceful and refreshing nih mengingatkan Editor pada kampung halaman yg nun jauh di mata. Huhuhuhu....Layannzzzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Manhattan, New York

Yeeehaaaa!!!!!
WELCOME TO MANHATTAN, NEW YORK CITY...The largest, the buziest city in the world...
I cannot believe it! I'm here in the middle of the Big Apple City...Yuuuuhhuuuuu!!!!
Excited giler Minah nih macam rusa masuk kampung.Hihihihihi....

Dah alang-alang sampai ke Niagara, apalagi kaki nih pun gatal lew nak memanjangkan langkah ke NYC. Dari Niagara about 7hrs drive tapi mcm biasa lew ada ajew tempat nak menyinggah(acara wajib biler travel sekali-sekala). Kami tak lew menginap di tengah-tengah NYC(mahal tuh...kang lari budget nak nyopping.hehehehe...). We all stay kat New Jersey City, about 20mins from NYC.

Pagi nyer kami ke New Jersey City Park, ingat kan nak naik feri dari sini ke Liberty Island tapi pagi tuh electricity tak ada so tak beroperasi lew pagi tuh. Jadi kami pun naik feri dari Battery Park NYC plak(iyelah dah letrik tak ada kena lew guna battery. ye dok?). Tambang nyer tak mahal mana(idak lew semahal COACH..hehehe...). Nak masuk ke Manhattan kena lew masuk Holland Tunnel. Apa yg uniknyer tentang terowong nih? Terowong ni didalam sungai. Perrgghhh!!! Nasib baik tak bocor, kalu tidak berenang lew acik ke seberang.huhuhuhu..(mcm pandai berenang) Lepas rewang-rewang sekitar Liberty Island, it is time to ronda-ronda Manhattan. Kami berjalan di sepanjang popular street in NYC The Broadway, 5th Avenue. Kat situ jugak lew letaknyer Empire State Building, Rockerfeller Centre, World Trade Centre, Grand Station, Central Park, The City Square, The Washington Square and all the "branded" Mall etc.etc. Pendek kata one day is not enough in Manhattan...itu belum lagi ke bandar lain Brooklyn, Queens, Long Island, Riverhead dan byk lagi lew. Itu tak menyopping. Kalu menyopping, sebulan tak habis round.hahahaha....
Tapi sebelum menamatkan seharian di Manhattan, kami sempat jugak ke Brooklyn Bridge(the historic bridge in NY) dan City Hall of NYC.

Kalau ada rezeki, kesempatan and of course ongkosnya, rasanyer nak lagi datang ke sini dan bandar-bandar sekitarnya. Tak puas explore lagi. hihihihi!!!!
Kenangan seharian di NYC!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Niagara Falls, New York

Akhirnya sampai jugak hajat nak ke Niagara Falls, one of the World's Nature Wonders. Tapi nak sampai ke sinun tuh, kena lew berhempas pulas memandu selama 13 jam, macam dari Jubail nak ke Mekah daa...

Sampai jew, terus check in hotel. Badan acik dah loteh laiepun ari dah golap. Keesokan harinya baru lew kitaorang meredah kecantikan dan keajaiban Niagara Falls. Subhanallah!!!Magnifico. Tak terkata keindahannya. Disebabkan masih lagi dalam musim winter(salji pun tak cair lagi kat sini), tak dapat lew Editor nak naik water taxi dan turun ke Bridal Veil Cave...huhuhu...ruginyer. Tapi tak apa nanti summer datang lagi yek, hubby?? Walaupun musim sejuk, ramai jugak pengunjung yg datang ke sini. Eemmm...lagi nak citer apa yek? Tengok ajew lew scenic view yg sempat dirakamkan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments