Unplanned Getaway

Rasa-rasa dapat agak tak citernye dari tajuk di atas.
Dalam kesibukan kengkawan nak gi menunaikan rukun islam yang ke 5, ada jugak yg amik kesempatan nak gi bercuti dan balik Malaysia (bagi mereka-mereka yang nombor gilirannya tak dipanggil lagi) pada Hari Raya Adha nanti. Editor sekeluarga pun pada asalnya nak beraya di Madinah saje. Tapi disebabkan ada urusan yang memaksa kami pulang ke Malaysia, apalagi senyum melebar lew Editor anak-beranak. Sungguh unsankarable!

Dalam senyum-senyum, terpikir pulak ada ker lagi tiket nak balik Malaysia nih? Maklum lew dah last minit. Google punye google, jumpa lew Sri Lankan Airways. Emm...menarik nih, murah! Alamak!(ada lagi kemusykilan yg timbul)Sri Lankan? Wokey ker? Tak ramai ke lin nga ker? Tak berbau ker? Hish! macam-macam lew soklan yg kuar.
Tapi...dah tak ada pilihan bedal ajew lew. Tak try tak tau. Haa... bila dah try nak naik selalu. Memang berbaloi! Gherge murah, servis tip top, transit tak lama kat Colombo(kalu lama pun,okay jugak lew nak lelepak kat Colombo airport tuh. Mcm2 ada, day room dia pun murah jew, USD 25 satu bilik). Memang recommeded.

Itu citer Sri Lankan Airways. Unplanned Getaway apa citer? Tak ada lew yg menarik sangat memandangkan cutinye hanya seminggu ajew. Tuu..belum tolak hari yg ada urusan tapi sempat jugak lew berjumpa dengan kedua-dua keluarga di Melaka dan KL. And of course xtvtnye tak lain dan tak bukan is 'jalan-jalan carik makan'.

Dengan famili di Melaka, our santai-santai makan kat Floating Restaurant Umbai(medan ikan bakar yg fofular tuu...). Menunya, Ikan Jenahak 3 Rasa, Siakap Steam Hainan Style, Chilli Crab, Sotong Goreng Tepung, Shell Fry with Garlic and Ginger, and of course menu wajib nasi lemak daun pisang. Eeemmmm....kecur air liur. Sampai ke hari nih, bau dia, rasa dia masih berlegar di ruang minda dan anak tekak.

Bersama keluarga di Kuala Lumpur, Mexican food jadi pilihan, tempatnya di Las Caretas(maklum lew orghang bandaq, depa ni tak gheti makan makanan orghang kampung. Hehehehe....jgn maree...bukannya apa, cuma sekali sekala nak ubah citarasa. Asyik yg sama pun boring jugak. Ye tak?). Menunya menarik jugak, rasanya pun best esp the real mexican macam fajitas, enchilada, bife ancho etc.etc.etc.

The day before kitaorg balik ke Jubail, Cerana Seafood Restoran pulak jadi pilihan. Kalau nak ikut kepuasan, memang tak puas tapi dengan masa yg limited, it was a great moment.

Insyallah, jika ada keizinan kami pasti akan pulang lagi!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Riyadh - Old Dir'iyah

Jumpa lagi! Dah ramai dah kengkawan Editor ni membebel pasal blog nih terbengkalai. Tapi tak apa, sekarang nih Editor dah cukup modal untuk menyambung projek yang terbegkalai.

Al kisahnya, beberapa minggu sebelum Hari Raya Adha, husband Editor kena pi Riyadh. Apalagi, Editor pun tumpang tui lew, nak sambung jenjalan kat tempat yang Editor tak sempat nak pi tu ari.

Kali pertama sampai Riyadh, Editor cuma sempat panjat Kingdom Tower. Kali ni kami dok panjat menara yang sebelahnya pulak, Faisaliyah Tower(eh..eh..macam nama hubby gua lah plak). Cantik view dari atas nih. Hajat di hati nak pi makan kat Restoran Berputaq dia, tapi mak ooiiii...gherge makanan dia!!!!!buat kami patah selera. Buleh pi makan kat MK 5x.

Dari Faisaliyah Tower, kami ke Muzium King AbdulAziz pulak tapi tak dapat masuk pun sebab waktu untuk kunjungan berfamili jam 4ptg. Emm...ini lew yang makcik tak gomar. Lomah kepalo lutut makcik nih ngan oghang arab. Banyak na pantang larang eee..
Jadi kami pun merayap kat luar muzium nih. Sib baik landskap eee..lawa kalu tak dah mengamuk makcik ket pak ghad arghab tuh..

The next day before going back to Jubail, kami dok pi meredah Old Dir'iyah. Tempat ni macam kota lama sebelum Riyadh jadi capital city. Luas dan menarik walaupun hanya dari bahagian luar kota. Kami tak dapat nak masuk kat dalam kota coz kerja-kerja membaikpulih dan mencantikkan kota sedang dijalankan.

Bagi kengkawan yang ada nawaitu nak ke Riyadh, gi lew jalan-jalan kat sini. Tak jauh mana pun dalam 20 min dari bandar Riyadh. Memang berbaloi tapi bila dah habis kerja-kerja membaikpulih lew.

Untuk kenangan, ini ajew lew yg sempat dirakam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Halloween Night

Emm...alahai! Lama sangat blog ni tak berupdate. Bukannya buzy sangat tapi penyakit M nih sedang melanda Editor. Apapun sekarang nie rasanya dah pulih sikit(agaknye lew).

N3 kali nih nak sambung citer pasal hantu cilik. Ghayau punya ghayau, akhirnya nie ajew yg terjumpa -"The Witch" and "The Devil Boy". Hantam saje lew, janji meet the theme.


Haa...tengok tuu cikgu pun sama cam bebudak. Skali-skala nak lepas tension.


Yang ini pulak The Devil Boy and his slave...Apa pulak nama hantu nih yek?


The two Witch tengah tunggu nak bagi anugerah pada Harry Potter. Malangnya Si Harry tak dapat hadir, diwakilkan kepada Si Dinosor.


"Halo! Bro..Kecik sangat lew ko nganga. Mana nak muat kepala aku yang besor nih?"


"Ko ada nampak ini penyapu? Baik ko jalan cepat. Kang aku sapu ko dengan penyapu sakti nih."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

HALLOWEEN

Wei!!!! Dah bersawang blog nih. Ada orang ke tak ada? Senyap jew...
"Kreeeekkkkk...."
"Eh! Ko dengar tak? Bunyi apa tuu?"

Hahahaha...Its holloween month! Jadi memang saje jew dibiarkan blog nih bersawang. Nak amik mood halloween. Boleh gituuu???

Issshhhhh.... Jgn salah faham. Editor tak sambut bulan halloween pun tapi ni gara-gara anak-anak yang pi sekolah mat salleh lew nih.
Antara xtvt creative bulan nih ialah 'creative halloween'. Jadi semua pelajar digalakkan untuk participate dalam xtvt nih.

Fenin kepala dibuatnya...mana nak cari 'hantu' kat Arab nih. Kalu kat M'sia senang, pi jew kat kedai yg jual barang-barang horror tuh. Susah-susah sangat, sapu ajew muka tuh ngan tepung tak pun ngan bedak sejuk, ye dak. Wokey jugak idea tuh kan?

Okey lah, Editor nak pi cari apa yg patut untuk si hantu-hantu nih. Nanti kita citer lagi pasal si hantu-hantu kecik...daaaa

TTFN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Rumah Terbuka - D'Day

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Date 8 Oct menjadi pilihan kami mengadakan Roof Top Party. Majlis bermula selepas Asar dan berakhirnya menjelang subuh(hish! tak lew sampai gitu. sampai jam 1.00 pagi ajew).

Tak dapat nak digambarkan betapa besarnya hati kami melihat para sahabat sudi menceriakan majlis ini. Editor bagi pihak seluruh warga Geng Westwind mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka kami.

Kemesraan dan kegembiraan jelas terbayang di setiap wajah anak Malaysia di perantauan. Biarpun jauh dari kampung halaman,namun budaya kunjung mengunjungi tetap diamalkan lebih-lebih lagi di Hari Raya tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Itulah uniknya jiwa rakyat Malaysia.

Di kesempatan ini juga Editor sekeluarga ingin menyampaikan rasa terharu yang tidak terhingga kepada Geng Westwind yang sudah seperti adik-beradik yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan di perantauan.

Apa lagi yang dapat Editor coretkan. Segalanya jelas terpancar dari rakaman lensa ini. Jadi layan ajew lew...
Sekali lagi Editor dan keluarga juga Geng Westwind yang lain menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf yang mana terlebih terkurang di sana sini.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Rumah Terbuka - Mukadimah

Keudara lagi! Kali ni dengan kisah 'rumah terbuka'(omputih cakap open hous).
Alkisahnya, seminggu lagi Geng Westwind nak buat Roof Top Party, kami dah sibuk buat preparation yang sememangnya happenning(ker yang memening kan kepala?). Takade lew happenning sangat, cuma kami nih saje suka-suka buat havoc. Kebetulan pulak kawan kita nih,Ckin baru ajew balik dari Mesia so banyak lew buah tangan yang boleh dikongsi bersama.

Jadi selama seminggu lew kami-kami nih buat perangai makan kat luar rumah(kat bumbung) sambil-sambil buat koje(iye ker tuh)sehingga lew menjelang hari kejadian 'Roof Top Party'.

Payah nak citer sbb excited sangat. Jadi layan ajew lew video clip nih. Hihihi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Kembara Lebaran - 5th Syawal

Perrrhhh!! 18 degree C. Gigiiiillll!!!!
Pagi tuh, lepas solat subuh, ibu-ibu dah 'buzy' menyediakan sarapan pagi. Menu-Maggi Goreng, Nasi Goreng, Roti, Sardin, Telur Dadar dan Teh'O'.

Siap menyediakan sarapan, siapkan anak-anak pulak. Seawal 10.00 pagi, kami beredar meninggalkan villa menuju pulang ke Jubail. Tak puas lagi sebenarnya kami di Al Baha nih tapi apa nak buat, keterbatasan waktu.

Dalam perjalanan menuruni Al Baha, sempat jugak kami menyinggah di gerai menjual madu(lebah liar-hidup di kawasan bukit batu). Perjalanan diteruskan dengan beberapa siri pitstop sebelum sampai di Riyadh for final pitsop(solat & dinner).

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah dihadapi hingga sampai di depan pintu rumah jam 1.30 pagi. Letih! Lenguh! Sakit pinggang, belakang tok sah cakap lew. Mata apa lagi. 15 jam perjalanan!!

Namun puasnya terasa. Inilah kenangan kami kali pertama beraya di perantauan. Jika ada keizinan, penjelajahan sebegini pasti akan kami teruskan. Insyallah!
Bagi mereka-mereka yang tak mahu ketinggalan dlm XPDC akan datang, cepat-cepatlah mendaftar sebelum due date yea(memandai jew Editor nih).

Untuk peminat setia siri 'Kembara Raya' nih, tataplah slide terakhir dari Editor.
Hingga ketemu di lain siaran. TTFN.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments