New Harmony, Indiana

Percutian yg hanya tinggal seminggu tidak kami sia-siakan(sob!sob!sob! sedey beb..). Kesempatan waktu yg ada kami ke New Harmony, antara kawasan perkampungan awal yg penduduknya tak sampai 1000 pun. New Harmony merupakan perkampungan awal bg org-org Jerman yg berhijrah ke US dalam tahun-tahun 1890-an sebelum New Harmony nih dijual kepada Pedagang Scotland.

Bangunan-bangunan dan rumah-rumah disini masih mengekalkan unsur-unsur tradisi. Community House yg dulunya berfungsi sebagai balairaya, sekarang nih dah jadi Opera House, Panggung wayang, sekolah dan muzium peninggalan sejarah. Setiap satu ada keunikannya. Satu lagi senibina yg unik di sini ialah Roofless Church(dulu church skrg nih dah jd tmn). Hanya Atheneum saje yg mempunyai bentuk senibina yg moden di historical village nih.

Setiap pelusuk historical village nih diperindahkan dengan taman-taman. Antara yg sempat kami singgah Carol Garden, Murphy Park dan Labyrinth Sacred Garden(taman yg ada maze/pagar sesat). Kawasan yg peaceful and refreshing nih mengingatkan Editor pada kampung halaman yg nun jauh di mata. Huhuhuhu....Layannzzzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Manhattan, New York

Yeeehaaaa!!!!!
WELCOME TO MANHATTAN, NEW YORK CITY...The largest, the buziest city in the world...
I cannot believe it! I'm here in the middle of the Big Apple City...Yuuuuhhuuuuu!!!!
Excited giler Minah nih macam rusa masuk kampung.Hihihihihi....

Dah alang-alang sampai ke Niagara, apalagi kaki nih pun gatal lew nak memanjangkan langkah ke NYC. Dari Niagara about 7hrs drive tapi mcm biasa lew ada ajew tempat nak menyinggah(acara wajib biler travel sekali-sekala). Kami tak lew menginap di tengah-tengah NYC(mahal tuh...kang lari budget nak nyopping.hehehehe...). We all stay kat New Jersey City, about 20mins from NYC.

Pagi nyer kami ke New Jersey City Park, ingat kan nak naik feri dari sini ke Liberty Island tapi pagi tuh electricity tak ada so tak beroperasi lew pagi tuh. Jadi kami pun naik feri dari Battery Park NYC plak(iyelah dah letrik tak ada kena lew guna battery. ye dok?). Tambang nyer tak mahal mana(idak lew semahal COACH..hehehe...). Nak masuk ke Manhattan kena lew masuk Holland Tunnel. Apa yg uniknyer tentang terowong nih? Terowong ni didalam sungai. Perrgghhh!!! Nasib baik tak bocor, kalu tidak berenang lew acik ke seberang.huhuhuhu..(mcm pandai berenang) Lepas rewang-rewang sekitar Liberty Island, it is time to ronda-ronda Manhattan. Kami berjalan di sepanjang popular street in NYC The Broadway, 5th Avenue. Kat situ jugak lew letaknyer Empire State Building, Rockerfeller Centre, World Trade Centre, Grand Station, Central Park, The City Square, The Washington Square and all the "branded" Mall etc.etc. Pendek kata one day is not enough in Manhattan...itu belum lagi ke bandar lain Brooklyn, Queens, Long Island, Riverhead dan byk lagi lew. Itu tak menyopping. Kalu menyopping, sebulan tak habis round.hahahaha....
Tapi sebelum menamatkan seharian di Manhattan, kami sempat jugak ke Brooklyn Bridge(the historic bridge in NY) dan City Hall of NYC.

Kalau ada rezeki, kesempatan and of course ongkosnya, rasanyer nak lagi datang ke sini dan bandar-bandar sekitarnya. Tak puas explore lagi. hihihihi!!!!
Kenangan seharian di NYC!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Niagara Falls, New York

Akhirnya sampai jugak hajat nak ke Niagara Falls, one of the World's Nature Wonders. Tapi nak sampai ke sinun tuh, kena lew berhempas pulas memandu selama 13 jam, macam dari Jubail nak ke Mekah daa...

Sampai jew, terus check in hotel. Badan acik dah loteh laiepun ari dah golap. Keesokan harinya baru lew kitaorang meredah kecantikan dan keajaiban Niagara Falls. Subhanallah!!!Magnifico. Tak terkata keindahannya. Disebabkan masih lagi dalam musim winter(salji pun tak cair lagi kat sini), tak dapat lew Editor nak naik water taxi dan turun ke Bridal Veil Cave...huhuhu...ruginyer. Tapi tak apa nanti summer datang lagi yek, hubby?? Walaupun musim sejuk, ramai jugak pengunjung yg datang ke sini. Eemmm...lagi nak citer apa yek? Tengok ajew lew scenic view yg sempat dirakamkan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Indianapolis, Indiana




Indianapolis, Capital City for Indiana. Perjalanan dari Evansville memakan masa lebih kurang 4 jam. Macam dari Jubail nak ke Riyadh atau dari Kuantan nak ke Melaka. On the way nak ke Indianapolis, sempat jugak Editor singgah di Edinburgh. Tapi tak lew masuk ke bandar Edinburgh, cuma ke Factory Outlet, nak memenuhi permintaan kengkawan yg memesan dan nak memenuhkan beg(hihihihi...mcm byk sgt membeli nyer).

Selesai di Edinburgh, misi diteruskan. Emmmmm....cantik bandar Indianapolis dan bersih. Tempat pertama yg dilawati Civil War Memorial sebab yg ini paling dekat dengan tempat kitaorang parking. Lokasinya di tengah-tengah Circle Center(mcm tugu tgh2 roundabout)dan tempat-tempat menarik macam State House, Court House, World War Memorial, Vietnam War Memorial, Old Cathederal dan Union Station semuanyer berhampiran(jln kaki ajew).

Depa nih banyak War Memorial, maklum lew suka berperang. Satu lagi kat US nih banyak Muzium. Macam-macam muzium ada tapi yg kami sempat pi jengah Eiteljorg Museum dan Indiana State Museum. Satu lagi yg menjadi kebanggaan depa ialah Stadium. Di Indianapolis nih, Lucas Oil Stadium, home ground bg Colts menjadi pujaan.

Last but not least, akhirnya dapat jugak lew anak-anak Editor masuk ke World Largest Children Museum. Suka nyer bukan kepalang lagi, maklum ajew lew masuk tempat bebudak dah tuh yg paling besar di dunia plak tuh. Satu-satunya muzium di dunia nih yg mempamerkan tulang dinasour yg betul dan kita boleh pegang. Seronok betul bebudak nih dapat buat dan explore mcm-mcm kat sini. Memang rezeki bebudak nih, hari tuh entrance tak payah bayar pasal 'Target'(store mcm Carrefour)buat kerja-kerja amal -"Family Free Night". Kalu tak mau jugak terbang dalam $USD50.

Cukup setakat nih dulu,nanti Editor sambung lagi dengan cerita baru di tempat yg lain plak..TTFN...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Evansville, Indiana

Ketemu lagi...harap-harap pembaca tak boring menelek blog nih sebab cerita nyer masih lagi berkisar tentang senario Editor n family di negara Uncle Sam. Album kali nih sekitar bandar Evansville, Indiana jew.

Jom! Kita tinjau apa yg ada di sini. Tempat pertama yg kami singgah ialah Muzium Kapal Perang LST 325. Kapal ni digunakan masa Perang Dunia ke 2 dulu. Selepas 35 tahun terperuk di Greece, akhirnya kapal nih pulang semula ke pangkuan tanahairnyer dan dikemudikan oleh Kapten dan anak-anak kapal yg asal(bayangkan dah tua2 belaka tuh tp masih mampu bawak kapal nih balik dari Greece. Caya lah!!!). Luas jugak kapal nih,seluas padang football. Besar kan? LST 325 nih gunanya untuk mengakut kereta-kereta kebal dan bala tenteranya(eh! Cukup lew tuh...boring org nak dengor).

Dari Muzium Kapal,kami ke Muzium Keretapi(muzium lagi!!!!brp byk muzium ko nak masuk???). Emtrac nih,pengangkutan yg paling tua dan paling popular di kalangan warga Uncle Sam. Malah hingga ke hari ini Emtrac merupakan public transport yg disukai ramai.Huhuhuhu....

Lepas tuh, pergi mana yek? Laaa....lupa lew plak..Ohhh!!!! kami pi melawat War monument, Tugu Peringatan(tiru Tugu Negara kita lew tuh!),Court House yang klasik, Rumah Sheriff & jail(Jail tuh rumah sheriff.Jadi siapa sebenar nyer yg jahat???? Hahahaa...cuba teka???)

Ada sesiapa pernah tengok filem "The League Of Their Own",lakonan Tom Hanks,Madonna, Gena Davis tak? Kalu tak pernah, lepas nih gi cari vcd dan tonton(kalu ada lagi lew di pasaran...)sebab cerita nih difilemkan di Padang Bosse(pdg baseball yg terulung dan dibuka pada 1915)yg Editor dan hubby sempat singgah.

Huh! Sebenarnyer ada lagi yg menarik di Evansville nih. Kalu nak melawat semua tempat dalam masa 1 hari,memang tak cukup. Itu belum kira tempat menyopping. Ups!!! Part yg nih tak leh cerita banyak-banyak, nanti ada yg sakit jantung, sakit mata, sakit hati dan..dan..dan..ada yg sakit poket..hehehehe...
Apa-apa ajew lew.....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

Vincennes, Indiana

Kali nih, historic Vincennes menjadi pilihan. Vincennes,Indiana's first city founded in 1732 as a French fur trading post. Today(Feb,25th),231 years ago, an estimated 175 men made a brutal midwinter march to capture the British fort at Vincennes(hehehe....cakap omputih plak editor nih). Semua nih terpahat di George Rogers Clark National Historical Park. Kalau nak tahu, Vincennes nih dulu Ibu negeri Indiana sebelum berpindah ke Corydon then ke Indianapolis.

Memandangkan bandar nih bandar bersejarah macam Melaka Bandaraya Bersejarah(kampung den tuh!), banyak lew bangunan-bangunan bersejarahnyer. Selain dr George Rogers Clark National Park, ada Lincoln Monument, Old French House, Indians Museum, Military Museum, Grouseland-rumah William Harrison dan macam-macam lagi. Tengok ajew lew gegambor kat bawah nih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments

St Louis, Missouri

Setiap detik yg terluang tidak dibazirkan begitu saje, pasti ada ajew tempat yg nak dilawati(kaki rewang lew katakan. mana nak tau duduk diam ye dok?). Baru-baru nih Editor n family gi ke St Louis,Missouri.

Bila sebut ajew St Louis, pasti yg terlintas dlm kepala is 'The Arch'(what a great view from the top?). Walaupun salji dah mula mencair,tapi pagi tuh turun plak salji nih. Seeeeejjuuuukkkkk!!! Sampai di St Louis lagi sejuk walaupun tak de snow tapi angin dia...ppeerrrggghhhh!!!! Beku.

Bandar St Louis pagi tuh agak lengang jadi senang lew nak merayap. Cantik dan klasik jugak bangunan-bangunan di sini. Infact, shopping galery nyer pun lain dari yg lain(padan lew lain, hok yg nih tuk org kekaye ajew. Tersalah masuk lew plak!).

Layan ajew lew kerenah-kerenah kami sepanjang di St. Louis!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Read Comments